Rakyat jangan mudah tertipu, kata Musa
30th January, 2009
NABAWAN: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman meminta rakyat di negeri ini agar jangan mudah tertipu dan terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang pandai memutar belit fakta dan menidakkan kemampuan kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi pembangunan kepada rakyat.
Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional dan Ketua Badan Perhubungan Umno Sabah berkata, pembangkang memang suka memutar belitkan fakta untuk mengelirukan rakyat tetapi mereka sebenarnya tidak dapat berbuat apa-apa untuk kebaikan rakyat.
Katanya, pembangkang boleh berjanji apa saja kepada rakyat tetapi apa yang mereka katakana adalah tidak boleh dilaksanakan.
Justeru itu katanya, rakyat perlu pandai menilai apa yang dikatakan oleh pembangkang kerana sekalipun mereka boleh berjanji memeberikan bulan dan bintang tetapi itu hanya tugas mereka sebagai pembangkang.
Walau bagaimanapun katanya, wakil-wakil rakyat Barisan Nasional perlu turun padang dan memberi penjelasan kepada rakyat disamping menyelami permasalahan yang dihadapi rakyat.
Musa berkata demikian semasa berucap me-rasmikan Seminar Bina Negara anjuran Biro Tata Negara (BTN) Bahagian Nabawan Ahad lepas.
Seminar yang berlangsung selama tiga hari itu dihadiri oleh lebih 300 pemimpin-pemimpin masyarakat terdiri dari Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK.
Hadir sama Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah yang juga Adun Nabawan Datuk Bobbey Suan, Ahli Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup, Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Datuk Elron Angin, Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin dan Pegawai Daerah Nabawan Bubudan O.T Majalu serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional di daerah ini.
Terdahulu Musa melawat mangsa banjir di kampung Kauran dan Ansip dan menyampaikan bantuan makanan kepada penduduk terlibat.
Dalam pada itu Musa dalam rumusan lawatannya menyatakan rasa puashati dengan keprihtinan semua pihak terutamanya pihak berkuasa polis,bomba serta agensi kerajaan dan swasta yang memberi bantuan dalam operasi membantu dan menyelamat mangsa banjir.
Katanya kerjasama baik antara jabatan dan pihak berkuasa serta penduduk membolehkan kerja-kerja pemindahan dan kawalan keselamatan serta kebajikan penduduk terkawal dan berjalan lancar.
Thursday, January 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment