PATI menikmati layanan lebih baik,istimewa di Sabah
by Larry Ralon Daily Express
KOTA KINABALU: Rakyat asing menikmati layanan yang lebih baik dan istimewa berbanding penduduk tempatan di Sabah, kata mantan Setiausaha Kerajaan Negeri,Tan Sri Simon Sipaun.Katanya pengalaman menunjukkan dalam kes di Sabah, Kerajaan nampaknya menggalakkan pendatang tanpa izin walaupun dibantah penduduk tempatan.“Dalam satu mesyuarat di Kuala Lumpur yang saya hadiri baru-baru ini, seorang pegawai tinggi yang mengendalikan hal ehwal imigresen berkaitan dengan Sabah menyatakan yang mengejutkan dan mengecewakan saya, bahawa adalah menjadi bidang kuasa kerajaan untuk memberikan kewarganegaraan kepada sesiapa sahaja ia suka dan tidak ada sesiapa yang boleh mempersoalkannya,” kata Simon, yang juga Timbalan Suruhanjaya Hakam (Suhakam).Memberi contoh untuk menyokong dakwaannya bahawa rakyat asing diberi layanan istimewa berbanding dengan penduduk tempatan, Simon berkata kira-kira tiga minggu lalu ada seorang pengadu datang ke pejabat Suhakam mengdau anak-anaknya tidak dibenarkan memasuki sebuah sekolah dan ia tidak berpuas hati kerana ia mempunyai MyKad.katanya, MyKad pengadu itu menunjukkan ia seorang Islam,warganegara Malaysia dan Bumiputera.Sijil kelahirannya bagaiamanapun menunjukkan kedua-dua ibu bapanya warganegara Filipina dan ia sendiri bukan Warganegara Malaysia.Sijil kelahirannya juga menunjukkan yang di di lahirkan di Kampung Pirasan, Kota Marudu.“(tetapi) kampung Pirasan terletak di Kota Belud.Bagaimana dia boleh diberikan MyKad itu dan menjadi warganegara Malaysia sungguh mengelirukan dan Suhakam telah menulis kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan penjelasan,” katanya.Dalam satu lagi aduan, beliau berkata seorang warganegara Filipina mengadu ia memiliki kad pengenalan (KP) Malaysia sejak 1994.Pengadu itu mempunyai kad keahlian UMNO dan mendakwa kad pengenalannya itu hanya membolehkannya mengundi di Sandakan.“Dia (pengadu itu) mengadu kepada Suhakam bahawa KPN nya tidak berguna selepas setiap pilihan raya dan tidak boleh menukarnya kepada MyKad.Ini menunjukkan bahawa seseorang yang tidak mempunyai kad pengenalan yang sah boleh mengundi dan menjadi ahli sebuah parti politik,” katanya.Contoh ketiganya ialah seorang wanita Filipina, berumur 24 tahun yang memiliki sijil kelahiran menunjukkan ia bukan warganegara Malaysia,Ibu bapanya mengikut sijil itu bukan warganegara Malaysia.Bagaimanapun pada tahun 1998 ayahnya memperoleh KP Malaysia “Bunga Raya” dan kemudiannya diberi MyKad pada 2000.“Kes ini menunjukkan seorang lelaki Filipina, isteri dan anak perempuannya semua bukan warganegara Malaysia.Dalam masa dua tahun (si ayah ) memperolehi MyKad dan kewarganegaraan.Isteri dan anak perempuannya itu masih belum menjadi rakyat Malaysia,”katanya.Diperkatakan bahawa apa yang mustahil di tempat lain, tidak mustahil di Sabah,katanya sambil ,mengimbas semula laporan berita tahun 2002 berhubung serbuan imigresen di Keningau.“Tiga puluh empat rakyat asing didapati memiliki MyKad yang masih belum diperkenalkan di Sabah ketika itu.Dilaporkan seterusnya JPN mengesahkan kad-kad ini tulen,” katanya.Beliau berkata, juga dipercayai bahawa Jabatan Imigresen di Sabah masih mengeluarkan permit IMM13 kepada warga Filipina selewat-lewatnya Julai 2002 walaupun permit itu sepatutnya tidak dikeluarkan lagi selepas 1984.“Sejauh mana yang saya tahu, permit seperti itu tidak pernah dikeluarkan di Semenanjung Malaysia.Satu percubaan dibuat mengeluarkannya kepada Rohingya (pelarian Myanmar) tetapi segera dibatalkan.“Beberapa kes yang telah saya sebutkan itu tidak seharusnya timbul langsung jika ia tidak dirancang, diluluskan dan digalakkan oleh orang-orang tertentu yang berpengaruh dan mempunyai kuasa,” tegas beliau, sambil menambah, kes-kes ini mungkin hanya sebahagian kecil daripadanya.Sebaliknya,Simon berkata ada satu aduan daripada seorang penduduk tempatan berumur 33 tahun yang lahir pada 24 Mac 1975 di Kg Mandurian, Pitas.Kedua-dua ibu bapanya penduduk tempatan dan sememangnya tinggal di kampung itu sejak mula lagi.katanya pengadu itu mempunyai sijil kelahiran sah yang dikeluarkan oleh JPN, telah memohon MyKad dan diminta menunggu. “”(Dan) ia telah menunggu 12 tahun ,” kata Simon.Pengadu itu berkata, telah banyak kali haknya sebagai warganegara telah di tolak, kata Simon, yang bersetuju penuh kepada pengadu itu “kerana kita semua sedari MyKad diperlukan hampir semua urusan rasmi seperti membuka akaun bank atau malah untuk masuk ke hotel.”“Tanpanya samalah seperti manusia tanpa identiti.Ia berhak untuk mempunyai identiti.Perkara seperti ini tidak berlaku di sesebuah negara bertamadun,” katanya.“Jelas pihak berkuasa memberi layanan istimewa kepada rakyat asing berbanding penduduk tempatan Sabah.Kita tidak boleh salahkan rakyat asing atas keaadan ini.Saya rasa malah mereka sendiri tidak mahu penduduk tempatan Sabah dilayan sebegitu rupa.“Sekali lagi saya rasa ramai penduduk Sabah yang tidak bernegeri walaupun mereka tidak pernah tinggalkan tempat mereka tinggal itu sejak dilahirkan,”katanya.Simon berkata, isu pendatang asing tanpa izin ialah masalah negara tetapi dipikul oleh rakyat Malaysia yang tinggal di Sabah.“Soalannya kenapakah masalah itu dibiarkan berlanjutan hingga ke tahap itu dimana sekarang ini hampir kepada mustahil untuk diselesaikan secara berkesan.Apakah yang dilakukan oleh Sabah sehingga diperbuat demikian dan siapakah yang bertanggungjawab atas kesemua masalah ini?Katanya,sebahagian daripada soalan ini boleh dijawab dengan penubuhan suruhanjaya sisatan yang benar-benar bebas.Penjelasan biasa yang diberikan Kerajaan ialah Sabah mempunyai sempadan yang begitu panjang dan sukar buat polis,” katanya.“Tapi apabila saya lihat peta,Sarawak kelihatan mempunyai sempadan yang lebih panjang dengan Indonesia.Malaysia tidak terlibat dalam Konvensyen PBB berkaitan status pelarian 1951 ataupun Berkaitan Protokol kepada status pelarian 1967 dan juga hak asasi utama PBB yang lain yang releven kepada pelarian dan pencarian perlindungan.”Simon berkata, Malaysia juga tidak ada mewujudkan sebarang perundangan untuk perlindungan pelarian, bermakna semua pelarian di Malaysiadilaya seperti pendatang asing tanpa izin dan tertakluk kepada hukuman, penahanan dan penghantaran pulan di bawah Akta Imigresen 1959/63.Semasa lewat 60-an dan awal 70-an gelombang apa yang dipanggil “pelarian” mendarat di Sabah kebanyakannya dari Filipina Selatan dan mereka diiktiraf oleh PBB seperti itu,katanya sambil menambah Persuruhjaya Tinggi PBB bagi pelarian mempunyai pejabat di Kota Kinabalu ketika itu dan untuk tujuan pengenalpastian mereka diberikan dokumen dikenali sebagi IMM13.Simon berkata , “pelarian” ini pada mulanya berjumlah antara 40,000 hingga 60,00 0 dan lebih 40 tahun kemudian mereka masih berada disini, tidak seperti pelarian Vietnam yang dikurung di Pulau Ridong dan sama dihantar pulang ke negara asal mereka atau ke negara keiga dalam masa dua tahun.”Sudah tentu ada unsur-unsur pilih kasih dalam berurusan dengan Sabah.”Simon juga berkata, terdapat jumlah rakyat asing yang sama jika tidak lebih dengan penduduk Sabah di negeri ini berdasarkan kepada petunjuk termasuk kira-kira 20 tahun lalu apabila Kg Ice Box di Tawau terbakar dan 5,000 orang hilang tempat tinggal mereka.Daripada 5,000 orang itu hanya 500 sahaja rakyat Malaysia.
Tuesday, September 2, 2008
Monday, September 1, 2008
Berhati-hati dengan iklan kerja kosong, kata Ellron
Berhati-hati dengan iklan kerja kosong, kata Ellron
1st September, 2008
KENINGAU: Pembantu Menteri Pelan-congan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar, Datuk Ellron Angin mengingatkan supaya pemimpin-pemimpin masyarakat khususnya pegawai-pegawai daerah, ketua-ketua kampung, ibu bapa dan para pencari kerja berhati-hati dengan iklan-iklan jawatan kosong yang banyak ditampal di perhentian bas, pondok telefon awam, tepi-tepi kedai mahupun tempat-tempat awam yang lain.
Katanya, iklan-iklan seumpama ini merupakan antara penyumbang kepada peningkatan insiden penipuan ke atas pekerja-pekerja yang terlibat.
“Masalah ini ada hubungkaitnya dengan peranan agen-agen tempatan yang bergerak ke kampung-kampung khususnya di kawasan luar bandar bagi mendapatkan calon pekerja untuk dihantar ke Semenanjung Malaysia atau Singapura,” katanya semasa berucap merasmikan Ekspo Kerja Dan Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Tenaga Kerja Sabah Dan Agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia Peringkat Daerah Keningau yang berlangsung di dewan masyarakat di sini pada Jumaat.
Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Kanan Pengarah Tenaga Kerja, Rokiah Ali Hassan; Penolong Pegawai Daerah Keningau, George Kandavu; Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Bahagian Keningau, Petrus Ga-din dan Ketua-Ketua Jabatan serta pemimpin-pemimpin masyarakat.
Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook berkata, agen-agen ini dikenalpasti sebagai punca permasalahan ini selain kurangnya maklumat berkaitan pekerjaan di negeri ini.
Katanya, pekerja Sabah di luar negara khususnya yang bekerja di Singapura menghadapi masalah penipuan agensi dan penindasan oleh majikan yang menggajikan mereka.
Apa yang berlaku katanya, pekerja-pekerja yang berasal dari Sabah dibayar gaji yang tak sama seperti yang dijanjikan oleh agensi.
“Mereka juga dipaksa bekerja 12 jam sehari, diberi layanan yang kurang baik serta lain-lain lagi permasalahan. Ini yang menyebabkan mereka lari dari majikan yang menggajikan mereka,” jelas Ellron.
Katanya, ramai antara mereka ini melaporkan permasalahan ini kepada Pejabat Pesuruhjaya Malaysia di sana dan berda-sarkan maklumat yang diterima daerah Kota Marudu dan Kudat merupakan daerah tertinggi mencatatkan peratusan pekerja terlibat serta daerah Kneingau juga tidak terkecuali.
Bagi mengatasi masalah ini katanya, Kementerian Sumber Manusia melalui Ja-batan Tenaga Kerja telah menubuhkan Pusat Pengurusan Pekerja Malaysia Luar Negara yang beroperasi dari Jabatan Tenaga Kerja Sabah termasuklah Pejabat Tenaga Kerja Keningau.
Beliau berkata, pusat ini antara lain ber-peranan sebagai pusat maklumat yang tepat berkaitan agensi yang sah.
Tambahnya, para pencari kerja perlu menyemak senarai agen yang mereka ikuti dan dapatkan nasihat dari pegawai-pegawai di Jabatan Tenaga Kerja sebelum bersetuju dengan tawaran dari agensi tersebut.
“Kita bukan menghalang hak pekerja untuk bekerja di luar negara tetapi biarlah mengikut prosedur yang betul,” katanya.
Dalam hal ini katanya, Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Daerah dan Pejabat Daerah perlu mengambil inisiatif pencegahan dengan melarang penampalan iklan-iklan jawatan kosong di tempat-tempat awam.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebu-dayaan Dan Alam Sekitar itu berkata, Jabatan Tenaga Kerja Sabah kini giat menjalankan aktiviti kempen kesedaran dengan meng-edarkan poster-poster berkaitan bahaya ditipu oleh agen-agen terbabit.
Selain itu katanya, promosi melalui radio juga mengikut perancangan dan ceramah-ceramah berkaitan undang-undang akan diberikan dari semasa ke semasa.
Justeru itu katanya, pihak ibubapa juga perlu memainkan peranan dalam memberi nasihat dan penjelasan kepada anak-anak mereka untuk mengelak daripada tertipu dengan iklan-iklan yang mungkin tidak tepat.

Seramai 1.2 juta Kakitangan awam terima bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000
Seramai 1.2 juta Kakitangan awam terima bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000
30th August, 2008
KUALA LUMPUR: Seramai 1.2 juta kakitangan awam di negara ini akan menerima bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar melalui dua kali pembayaran iaitu pada September dan Disember.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata pemberian bonus itu sebagai menghargai peningkatan produktiviti dan sumbangan kakitangan sektor awam kepada pembangunan negara.
“Kerajaan bersetuju memberi bonus bersamaan sebulan gaji dengan minimum RM1,000 bagi tahun 2008. Bonus akan diberi dalam dua bayaran, pada bulan September dan Disember 2008,” kata Abdullah, yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2009 di Parlimen, kelmarin.
Kali terakhir kakitangan awam menerima bonus ialah pada 2007 dengan pemberian sebulan gaji atau minimum RM1,500 melalui dua kali pembayaran. Pada tahun lepas, tiada bonus diberikan selepas kerajaan pada Julai memberikan pelarasan gaji antara 7.5 dan 35 peratus. – Bernama

Subscribe to:
Posts (Atom)