Idea dari negara luar… dibawa ke Malaysia
Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan
Sempena hari merdeka ini, apa kata kita “curi” idea dari negara penjajah
Apa kata anda ambil idea-idea perniagaan yang wujud di negara luar dan implimentasikan di Malaysia? Sekiranya ini dilakukan dengan betul, amat sukar untuk perniagaan anda gagal.
Di negara luar, telah lama perkhidmatan penerbangan kos rendah dijalankan seperti Easy Jet dan Ryan Air. Kini, dengan konsep yang sama diimplementasikan di Malaysia, wujud Air Asia.
Di negara luar, Robert Kiyosaki, Suze Orman, Aaron Hill adalah pakar kewangan peribadi terkenal. Kini, dengan konsep yang sama diimplementasikan di Malaysia, wujud Azizi Ali.
Di negara luar, Corey Rudl, Ken Evoy, Rosalind Gardner adalah Internet marketer yang telah lama bertapak. Kini, dengan konsep yang sama diimplementasikan di Malaysia, wujudlah Irfan Khairi
Dulu kita di jajah negara luar, apa kata kita jajah pula idea negara luar dan implementasikan di Malaysia. Jika idea perniagaan tersebut boleh berjaya di negara luar, besar kemungkinan ia juga boleh berjaya di Malaysia!
Selamat menyambut hari kemerdekaan!
Pendapat Anda?
Thursday, August 21, 2008
Tiada pengalaman, bagaimana hendak berjaya?

Posted by Irfan Khairi under Tip Motivasi
Adakah anda sering dikritik tentang “tiada pengalaman” atau “tidak cukup pengalaman” dalam memulakan perniagaan?
Ada masanya, tiada pengalaman adalah baik untuk anda.
Untuk berjaya pada usia muda, sudah tentu pengalaman menjadi isu utama untuk meneruskan usaha.
Sebenarnya, anda boleh ambil kekurangan ini sebagai kekuatan anda oleh kerana apabila tidak berpengalaman, seseorang itu akan lebih cenderung mencuba benda benda baru.
Kurang pengalaman akan membuatkan anda tidak bersandarkan pada sejarah, tetapi memaksa anda untuk fikir di luar kotak.
Lain kali sekiranya orang mengkritik anda tentang “kurangnya pengalaman dalam memulakan perniagaan”, ingat bahawa Bill Gates, Michael Dell dan saya sendiri juga memulakan perniagaan tanpa pengalaman! Pendapat Anda?

Bagaimana untuk fikir di luar kotak?

Saya suka topik fikir diluar kotak ini. Semalam kita katakan ianya penting, tetapi, persoalannya, bagai mana hendak kita mencapainya?
Berfikir diluar kotak perlu menggunakan kreativiti dalam pemikiran, melihat cara penyelesaian pada sudut yang berbeza, serta berbeza dari status quo.
Berita baiknya adalah ianya boleh dilatih. Caranya adalah dengan banyak bertanyakan soalan;
BAGAIMANA / HOW?
Bagaimana hendak memudahkan kerja ini?
Bagaimana hendak mempercepatkan kerja ini?
Bagaimana hendak megurangkan kos?
Bagaimana hendak menambahkan kualiti, di samping mengurangkan kos?
Bagaimana hendak melakukan dengan lebih efisyen?
… dan sebagainya! Menurut pakar motivasi Anthony Robbins, hidup anda akan bertambah baik selaras dengan soalan-soalan yang anda tanya pada diri anda. Dengan bertanyakan soalan, ia melatih anda untuk berfikir. Penuhi hari anda dengan bertanyakan soalan dan memberi jawapan yang bernas.
Seperti perkara-perkara lain, practice makes perfect. Dan berfikir di luar kotak adalah sesuatu yang anda boleh anda practice, to make it perfect!
Kalau ada cerita mengenai “Thinking outside the box” , boleh kongsikan lagi supaya sama sama dapat lebih memahami maksud dan konsepnya! Klik pada comments! Pendapat Anda?

Beri peluang kepada diri anda untuk “think big
Beri peluang kepada diri anda untuk “think big”. Kesemua kisah kejayaan bermula dengan thinking big.
Ini adalah kerana, dengan mengimpikan sesuatu yang besar, anda memaksakan diri anda untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk mencapai sesuatu yang diluar jangkaan anda.
Sekiranya anda mempunyai sebuah kedai, fikirkan bagaimana anda boleh membina kedai-kedai tambahan (franchise). Sekiranya anda sudah berjaya di negeri anda, fikirkan bagaimana anda boleh menambahkan kejayaan di mata negara (seluruh Malaysia). Sekiranya anda sudah berjaya di Malaysia, fikirkan bagaimana anda boleh berjaya di peringkat antarabangsa. Sekiranya pendapatan anda adalah RM1,000, fikirkan bagaimana anda boleh memperolehi pendapatan RM10,000. Sekiranya pendapatan anda RM10,000, fikirkan pula bagaimana untuk memperolehi RM100,000! Menurut sejarah, segala kejayaan yang cemerlang bermula dengan kebolehan seseorang itu dalam “think big”. Pepatah mat salleh mengatakan:
Shoot for the stars, if you don’t get it, you still get the moon!
(Bermatlamat untuk mencapai bintang-bintang. Sekiranya anda tidak kesampaian, anda masih mencapai bulan)
Maksudnya untuk memberi anda kebebasan berfikir sesuatu yang lebih hebat dan besar daripada zon selesa anda. Sekiranya sesuatu hebat itu tidak tercapai, anda masih lagi mencapai sesuatu yang amat membanggakan.
ps: Dengan thinking BIG membawa saya kemana saya kini berada. Begitu juga dengan kisah-kisah kejayaan kita pernah bincangkan sebelum ini.

Wednesday, August 20, 2008
HARGA MINYAK : KERAJAAN PERDAYA RAKYAT, SUBSIDI 30 SEN KEKAL, BUKAN TURUN 30 SEN - Ref Malaysiakini

.fullpost{display:inline;}
Nampak kerajaan cuba bermain silap mata dengan rakyat dengan menyatakan bahawa kerajaan akan mengekalkan subisidi 30 sen bukannya menurunkan harga minyak 30 sen sebagaimana yang disangkakan oleh kebanyakan rakyat.Semalam, Imam Hadhari mengumumkan bahawa kerajaan akan mengekalkan kadar subsidi 30 sen sebagaimana sekarang. Ini bermakna harga akan kekal sama sehinggalah harga minyak dunia turun dengan banyak barulah mungkin harga minyak kita akan turun.Pandai sungguh nampaknya pemimpin BN ini bermain kata-kata sehingga seolah-olah harga minyak akan turun. Tetapi hakikat sebenarnya bukan begitu.Saranan Anwar Ibrahim supaya harga minyak diturunkan sehingga 50 sen dengan memberikan fakta dan kaedah untuk menurunkan harga minyak langsung tidak diendahkan kerajaan. Jelas sekali kerajaan langsung tidak memikirkan keperitan hidup rakyat akibat kenaikan harga minyak dan barangan.
Media hari ini melaporkan bahawa mulai 1 September ini, harga runcit petrol akan ditetapkan pada setiap awal bulan berdasarkan purata harga pasaran bulanan minyak mentah dunia dengan subsidi dikekalkan pada kadar 30 sen seliter. Berdasarkan kaedah itu, harga runcit petrol akan diturunkan jika purata harga pasaran bulanan minyak mentah dunia susut ke bawah paras AS$125 setong iaitu kadar ketika penstrukturan semula subsidi minyak diumumkan kerajaan 4 Jun lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Imam Hadhari) berkata, kerajaan membuat keputusan itu selepas meneliti aliran penurunan harga minyak mentah di pasaran dunia kebelakangan ini yang susut kepada AS$122 setong Selasa lalu. "Kerajaan juga menjamin bahawa harga runcit petrol tidak akan dinaikkan melebihi paras RM2.70 seliter yang sedia ada tahun ini," katanya dalam kenyataan mengumumkan kaedah terbaru penyelarasan harga runcit petrol di Putra Jaya semalam.

Monday, August 18, 2008
PTI SABAH... Benarkah apa yang dilaporkan di TV?

Kalau di Sabah, PTI bukanlah sesuatu yang pelik dan bukanlah sesuatu yang asing bagi kami. Kalau dilihat di media massa mereka dilihat seperti sekelompok manusia yang mengganggu kehidupan dan menyusahkan. Sebenarnya, ada beberapa kebaikan dan ada beberapa keburukan tentang PTI.
Perkara yang menjadi kebaikan (dari kacamata anggota polis yang tidak bertanggungjawab, bukan semua ya!) PTI merupakan sesuatu yang baik pada mereka kerana, mereka ini adalah kelompok yang tidak akan berselindung dalam pemberian wang kopi apabila kantoi checking. Mereka akan menyogok anggota polis yang berpendapatan rendah dan secara tidak langsung ia menjadi satu kebiasaan kepada anggota anggota polis ini untuk menerima wang saku ini. Biasanya keadaan ini berlaku di checkpoint. Salah satu contoh, checkpoint Sandakan bt 32. Di sini satu masa dahulu terdapat checkpoint yang akan memeriksa kenderaan awam seperti Bas Ekspress. Semua penumpang akan diperiksa, bagi mereka yang memegang Pasport hijau... akan diminta turun dan rundingan akan berlaku. Entah la.. apa yang dirundingkan..
Kedua, kebaikan mereka ini adalah mereka akan bekerja dengan nilai upah yang rendah. Maka, pemilik ladang yang inginkan harga buruh yang murah akan mengambil mereka bekerja. Dan keadaan ini adalah gambaran, betapa masyarakat kita bukan lah masyarakat yang rajin.
Terdapat 2 kebaikan yang saya lahirkan dari kacamata mereka yang tidak bertanggungjawab.
Apabila isu PATI atau lebih dikenali PTI ini berada di kaca televisyen, saya merasa ia hanya WAYANG yang sebenarnya tiada apa yang berlaku disini. Penambahan checkpoint? Itu adalah sesuatu yang lucu dan untuk apakah checkpoint diwujudkan di saat TV telah menyatakan usaha penghantaran PATI ke tanah air sedang rancak dijalankan? Secara automatik... tiada PATI akan keluar. AYOYOYO... Main wayang lagi..
Selain itu, Sudah pun wujud perkampungan yang dikenali ramai. Ia berada di antara Daerah Kinabatangan dan Lahad Datu yang merupakan daerah Bung Mohktar dan juga P188 YB Salleh Kalbi. Kampung ini dinamakan sebagai kampung PARIS atau bermaksud Persatuan Anak Republikan Indonesia Sabah jadiah PARIS. Kewujudan mereka di kampung ini, sebahagian besar memiliki MyKad... namun MyKad mereka ini diragui kesahihannya..
Kenapa perlu wujudkan checkpoint dalam masa yang sama terdapat sudah perkampungan pendatang tanpa izin? Perkampungan ini sudah wujud berpuluh tahun. Entah berapa generasi sudah lahir dari masyarakat ini. Dan... sebahagian besar dari 750,000 pemilik MyKad palsu kemungkinan besar berada disini.
atau... mereka ini lah yang dipelihara oleh mereka yang tidak bertanggungjawab demi menyelamatkan kuasa politik mereka di Sabah.
IRWAN IDRIS
saya copy dari blog org ni...

PBS nafi pernah benarkan warga Filipina masuk Sabah

Oleh Bernama
Isnin, 18 Ogos 2008
KK: Parti Bersatu Sabah (PBS) menafikan pernah membenarkan sebilangan besar warga Filipina memasuki negara ini, khususnya Sabah ketika memerintah Sabah selama hampir 10 tahun bermula 1985.
Mengulas dakwaan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar mengenai hal itu, yang diterbitkan dalam New Straits Times hari ini, Ketua Pegawai Penerangan PBS Johnny Mositun berkata kenyataan itu tidak betul dan mengelirukan.
Syed Hamid disebut berkata bahawa "Pada zaman PBS, mereka membenarkan ramai rakyat Filipina memasuki negara ini".
Ketika menafikan dakwaan itu, Mositun berkata Presiden PBS Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, sebagai Ketua Menteri pada ketika itu, malah tidak dibenarkan memegang jawatan Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri.
Sebaliknya, kata Mositun PBS mengemukakan beberapa laporan kepada polis, Badan Pencegah Rasuah (BPR), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung kehadiran pendatang haram di Sabah dan cara migran sementara itu mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.
"Yang demikian, Kerajaan mestilah menyiasat perkara ini secara profesional dan menyeluruh agar keselamatan dan kedaulatan negara tidak tergugat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Orang asing yang ingin menjadi warga Malaysia mestilah melalui prosedur betul dan memohon mengikut undang-undang dan perlembagaan negara ini, kata beliau.
"Jika tidak, tiada makna mempunyai perlembagaan dan undang-undang negara. Mendapat kewarganegaraan menerusi cara yang mencurigakan juga bertentangan dengan Rukun Negara," kata beliau.
Dalam hubungan ini, Mositun menggesa Kerajaan membatalkan semua kewarganegaraan yang didapatkan menerusi akuan berkanun palsu.

Dengarkan KK Berteriak
Dengarkan KK Berteriak
(sempena 42 tahun kemerdekaan Sabah)
Di balik seribu wajah bermacam warna,
pada siring-siring segmen kota misteri ini
mari dengarkan KK berteriak:
Ibu-ibu pilak ketawa besar di Pasar Gantung
membubut pelancong-pelancong kaya
yang datang berbondong-bondong
seperti tidak pandai berhenti
bah, siapa tidak mau ke Pasar Gantung
tempatnya cantik di tengah bandar
ada ratusan barang murah Mindanao!
Inan-inan tua di kakilima Sinsuran
ampai-ampai di bawah terik mentari
menjual tembakau pahit tanaman sendiri
menjaja gelang manik anyaman kampung
dapatlah untung bersih sepuluh ringgit sehari
harap-harap tidak disamun pilak-pilak liar
yang ramai lugai-lugai di Segama!
Cewek genteng bertapuk di mana-mana
jadi ratu sundal di hotel lima bintang
atau primadona jalanan di Kg. Air
hari-hari ligat menyubuk duit
dari saku jantan-jantan berahi(anak-anak tempatan tentunya!)
nah, ongkos itu bisa dialir keluar
dihantar pulang ke timur Laut Sulu
atau ke selatan Teluk Makasar!
Ya, KK memang bukan tamaha
sudi berkongsi dengan siapa saja
KK yang makmur juga tidak luki
sanggup bah haknya direbut-rebut
cuma barangkali KK terlampau palui
rela jadi kota injakan warga pendatang!
Sepuluh tahun nanti
jika KK berteriak lagi
nadanya tetap begitu
masih bida seperti dulu.
(Atau, sepuluh tahun nanti
mungkinkah KK sudah mati
tidak boleh berteriak lagi?)
Norwich, Norfolk
-saya copy saja ni....

Sunday, August 17, 2008
boring...boring
halo...halo...kepada semua sahabat2 semua.....alahhhh dah lama x tulis macam2 dekat blog ni...paling2 pun copy saja dari ruangan mana2....papun...ni ari macam bosan sikitlah rasanya...tapi ok juga sebab x banyak pesakit jadi relax sikit...sorry semua kadang2 x tertulis dalam bahasa dusun...faham2 lah dalam menulis bahasa dusun ni banyak betul benda yang harus disusun baik2 ...takut salah maksud pula...nah nanti kena komplen plak oleh kawan2dusun yang pro kan???
pa kes karang? semalam sa tengok lee chong wei main badminton...adusssss....kasian juga dia...kalah teruk di saya namppak...tapi tak palah kan???dapat juga 300 ribu n rm 3000 pencen...ok la tu...saya nampak macam dia sajuk bah...pa tidaknya dengan kehadiran ramai penyokong cina, mana lah x kecut biji tu..kalau aku pun....tak taulah....dengan penyokong yng sejemput tu sekurang2nya tidaklah dia keseorangan kan>>>papun akhirnya Malaysia kita yang tercinta ni dapat juga merasa pingat perak i olimpik kali ni...kasian juga tengok itu pemanah harapan kita kan>????kesundang juga bah,,harap acara basikal boleh menyumbang pingat kepada kontinjen kita..
ok...adios

Subscribe to:
Posts (Atom)