Polis berjaya berkas suspek kes bunuh
30th January, 2009
BEAUFORT: Suspek yang diburu dalam kes pembunuhan seorang lelaki tempatan di Pekan Beaufort pada Jumaat lalu akhirnya berjaya diberkas polis ketika berada sekitar Pasar Besar Am Beaufort dalam usahanya cuba melarikan diri pada Ahad.
Suspek , berusia 28, berbangsa Filipina itu tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan dan disahkan sebagai Pendatang Tanpa Izin itu tinggal di sebuah rumah sewa di Kampung Melati di sini.
Dia disyaki telah menetak mangsa, Azizul Bin Japar, 29, dari suku Jawa yang baru saja mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu yang berasal dari Kampung Mempagar.
Kejadian itu berlaku di Jalan Chung antara jam 2.30 hingga 3.00 petang pada Jumaat lalu apabila mangsa telah ditetak oleh suspek di bahagian leher di khalayak ramai yang lalu lalang di kawasan itu menggunakan sebilah parang.
Ketua Polis Daerah, DSP Mustaffa Maarof Bin Mustaffa, memberitahu demi-kian pada Rabu dan berkata uspek adalah pekerja buruh dan masih bujang.
“Punca kejadian itu berlaku disebabkan ‘provokasi’ sehingga menyebabkan suspek hilang pertimbangan lalu bertindak membunuh mangsa,” katanya.
Menurut siasatan polis, sebelum berlaku kejadian suspek sedang duduk di sebuah bangku di sebuah kawasan lapang di antara blok kedai lama iaitu hanya beberapa meter saja dari tempat duduk mangsa yang ketika itu sedang dalam keadaan mabuk.
Sejurus itu, tiba-tiba mangsa telah meluru ke arah suspek yang sedang duduk sambil berkata “apa tengok-tengok” lalu berlakulah pergaduhan dan ketika itu mangsa telah menumbuk, menampar dan selepas itu mencekik suspek.
Dalam pergaduhan itu, suspek telah berjaya melepaskan diri daripada cekikan lalu melarikan diri dan pulang ke rumahnya di Kampung Melati.
“Suspek kembali semula ke pekan de-ngan membawa sebilah parang menuju ke tempat kejadian di mana mangsa sedang berada dan suspek menghampiri mangsa lalu menetaknya tepat di bahagian depan leher menyebabkan mangsa luka parah lalu tersungkur dan akibat pendarahan yang banyak mangsa disahkan mati di tempat kejadian,” katanya.
Katanya, selepas kejadian polis melancarkan gerakan memburu suspek dan dua hari kemudian polis berjaya menjejaki dan menangkap suspek yang sedang berada dalam Pasar Am Beaufort pada Ahad.
Suspek kini disiasat lanjut dan akan di-dakwa di bawah Seksyen 302 KK, kata Mustaffa.
Menurut Ketua Polis itu, suspek boleh dikesan dan diberkas dengan cepat jika ada kerjasama orang ramai terutama sekali mereka yang menyaksikan kejadian itu tampil segera untuk membantu siasatan po-lis.
Bagaimanapun, katanya tidak ada orang ramai yang menyaksikan kejadian itu tampil untuk membantu pihak polis untuk memberikan maklumat-maklumat tentang kejadian itu.
Beliau turut memberi jaminan bahawa mereka yang memberikan maklumat tidak perlu takut kerana pihak polis akan merahsiakan dan tidak akan mendedahkan identiti mereka dan mereka juga akan dilindungi.
Thursday, January 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment