bah mari kita suba2 balajar sakapan dusun k...kita belajar serba sedikit tentang binatang/ haiwan
ayam = manuk
anjing = tasu
babi = wogok
babi hutan = bakas
burung = tombolog
burung bangau = kandawai
itik = titik
ikan = sada
kerbau = karabou
lembu = sapi
cicak = gontulak
belalang = butu'
lipas = gangak
cacing = tonggiluang
nyamuk = togondiu
kucing = tusing/tungau
ikan keli = gomutan/sopong
ikan haruan = jalak
tikus = tikus
ular = tulanut
kuda = kuda
ulat bulu = tompios
ulat rumbia = tutod
semut = kilau
buaya = buayo
kambing = kambing
katak = togunggak
sumpah-sumpah = rudai
rusa = tambang
sang kancil = palanuk
ular sawa = lopung
kera = kara
tupai = bosing
kura-kura = babag
ayam jantan = tandaha
labah-labah = tongkorut
burung merak = bugang
burung helang = kondiu
ikan puyu = koruk
ayam betina = golupo
itu sajalah untuk ini kali..lain x kita sambung lagi k.....kopisanangan
Saturday, March 21, 2009
hari minggu-hiti makmal
atuk-atuk oi limbatuk....baino nopo nga hiti oku makmal...'on call' kad inggiris...kohino oku kosuabon poh...amu poh matu norikot pukul 8 idi...nga apaasan oku boh diti tu aiso kopio 'sample' korikot...
nasib2 tu haro po 'line' internet boh...nah milo katu gia di mamain koih.... tompinai2 id kointong ti blog ku..ponsikou dokoyu koinsanai tu haro masa mongoi intong k...nga agayo pokimaapan ku tu alaid oku noh amu monulis diti blog idsuang boros dusun...maha daa haro masa di koimbagu koih...apaasan tulun mintong dot 'copy past' nopo mantad suai...
translate kaka...(dlm bahasa pasar sabah)
atukoi..hari ini saya di makmal saja bah..orang putih sakap 'oncall/ keraja atas panggilan'...aku sampai tadi awal betul bah..belum lagi sampai pukul 8...tapi malas betul aku ini belum lagi ada 'sample' datang2
nasib juga ada line internet...jadi aku buli main bah...kawan2 yang selalu pigi lawat2/tingu2 aku punya blog ini..terima kasih lah a..tapi aku mau minta maap baini sabab selalu aku kasi copy past saja dan tidak tulis dalam bahasa dusun...sori a...hahaha..jangan kamu bosan bah...hehe
* tanslate x 100 peratu sama tetapi maksud yang disampaikan sama..

Jangan jual tanah untuk dapat wang segera, kata John

20th March, 2009
KENINGAU: Penduduk tempatan di daerah ini dinasihatkan supaya tidak menjual tanah mereka dengan sewenang-wenangnya, bagi tujuan untuk mendapatkan wang segera.
Nasihat itu dibuat oleh mantan Timbalan Speakar Dewan Undang Negeri Sabah, Datuk John Angian dalam satu wawancara eksklusif di sini pada Rabu.
John berkata, mendapatkan sebidang tanah melalui satu perjuangan yang amat sukar, dan ia tidak sewajarnnya dijual hanya kerana untuk mendapatkan wang segera.
“Pemilikan tanah tersebut merupakan satu amanah besar yang kerajaan berikan kepada rakyat, dan ia perlu dijaga sebagai warisan untuk mencari rezeki,” katannya.
Beliau memberitahu, penduduk perlu kreatif untuk memperkasakan sumber ekonomi mereka tanpa mengorbankan tanah untuk mendapatkan wang.
Katanya, mereka perlu melipat gandakan usaha untuk mengusahakan tanah-tanah kosong mereka, atau mengadakan ‘usaha sama’ dengan pihak lain yang lebih berkemampuan.
John juga menasihatkan penduduk supaya tidak terlalu murah hati untuk menyewakan tanah-tanah mereka, kepada pendatang tanpa izin (PTI) untuk tujuan yang sama.
Katanya, PTI adalah pemusnah sebaliknnya kepada penduduk tempatan, di samping perbuatan menyewakan tanah bererti memberi perlindungan kepada mereka untuk tinggal secara haram di negeri ini.
“Penduduk perlu menyayangi tanah mereka kerana ia adalah amanah dan pemberian kerajaan untuk mereka bercucuk tanam,” katanya, dan menekankan terlalu sukar untuk mendapatkan tanah, walaupun sekengkang kera pada masa hadapan

Laporan skim pencen pekerja siap empat bulan
laporan skim pencen pekerja siap empat bulan
20th March, 2009
KUALA LUMPUR: Laporan mengenai cadangan penubuhan skim pencen kepada pekerja-pekerja swasta melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan siap dalam masa empat bulan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata sebagai permulaan, kementerian telah mengambil inisiatif dengan mengadakan perbincangan awal di antara agensi-agensi kerajaaan yang terlibat iaitu Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan KWSP.
“Kerajaan bersetuju untuk meninjau kemungkinan mewujudkan suatu skim pencen bagi faedah pekerja sektor swasta dan berharap dalam beberapa bulan iaitu empat bulan satu laporan akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk tindakan selanjutnya,” katanya menjawab soalan dari Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) di persidangan Dewan Rakyat di sini, kelmarin.
Dr Puad bertanya mengenai pembelaan kerajaan terhadap golongan pesara di sektor swasta dan skim pencen swasta.
Subramaniam berkata kerajaan perlu menimbang skim pencen kebangsaan itu dengan mengambil kira pandangan dari semua pihak termasuk faedah untuk pekerja sektor swasta.
“Kerajaan prihatin terhadap semua pekerja termasuk sektor swasta, kita mahu wujudkan satu sistem yang sesuai untuk semua rakyat yang bekerja daripada sekarang supaya selepas bersara mereka akan dapat pencen sepanjang hayat mereka,” katanya. Sebelum ini, pada Jan lepas, Bernama melaporkan kabinet telah meminta Kementerian Sumber Manusia untuk menyediakan kertas kerja mengenai skim itu untuk diserahkan kepada Kementerian Kewangan yang akan bertanggungjawab dalam melaksanakan skim itu.
Kepada soalan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) mengenai had umur bersara yang diwajibkan kepada pekerja sektor swasta sepertimana sektor awam, Subramaniam berkata keperluan sesuatu pekerjaan itu berbeza di antara sektor swasta dan kerajaan serta Akta Kerja memberi kebebasan untuk majikan menentukan umur bersara yang sewajarnya.

10,000 penganggur warga asing boleh ancam keselamatan negara

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menganggarkan kini terdapat kira-kira 10,000 pekerja asing yang sah di ne-gara ini yang tidak mempunyai pekerjaan dan kesatuan itu bimbang mereka mungkin membawa ancaman kepada keselamatan negara.
Setiausaha agungnya, G. Rajasekaran kelmarin berkata kajian yang dijalankan oleh MTUC menunjukkan kebanya-kan pekerja ini sama ada tidak berbuat apa-apa atau mencari kerja rencam dan dalam keada-an terdesak, ada di antaranya mungkin melakukan jenayah kecil.
Bercakap pada sidang akh-bar di sini, beliau berkata pekerja terbabit terdiri daripada warga beberapa negara seperti Bangla-desh, Indonesia, Myanmar, India dan Pakistan, yang sama ada diberhentikan kerja oleh majikan mereka tanpa pampasan yang sewajarnya atau dibiarkan begitu sahaja.
Bagi mengatasi masalah itu, beliau mencadangkan supaya kerajaan sama ada menghantar pulang pekerja terbabit yang mempunyai dokumen sah atau membenarkan mereka diambil semula bekerja dalam industri lain yang boleh memanfaatkan khidmat mereka.
Rajasekaran berkata keban-yakan pekerja berkenaan kebe-ratan untuk pulang ke tanah air mereka memandangkan ada di antara mereka yang berada di sini hanya kira-kira enam bu-lan dan masih berhutang jumlah wang yang banyak dengan penaja mereka di negara asal.
Setiap pekerja terbabit terpaksa membayar lebih RM10, 000 kepada ejen mereka di sini dan di kampung halaman untuk mendapatkan permit kerja serta visa.
Rajasekaran turut menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat punca peraturan yang tidak dipatuhi ketika visa dikeluarkan kepada pekerja asing.
Beliau berkata siasatan yang dijalankan sendiri oleh MTUC mendedahkan bahawa kebanyakan firma yang diberi-kan permit adalah syarikat “dua dolar” yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman atau kemahiran dalam mengendalikan pengambilan pekerja asing.
“Kami mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dan perlu disiasat dengan rapi demi kepentingan pekerja selain integriti serta nama baik negara,” katanya.
Mengenai kenaikan levi pekerja dalam industri perkhidmatan untuk tidak menggalakkan majikan mengambil pekerja asing, beliau berkata langkah itu tidak akan menyelesaikan masalah memandangkan keadaan di tempat kerja yang sangat buruk yang tidak akan menarik minat penduduk tempatan.
Rajasegaran berkata pekerja di restoran tidak mempunyai gaji minimum dan bekerja lebih daripada tempoh yang ditetapkan iaitu 12 jam sehari manakala kemudahan asas pula kurang baik.
“Lebih 20 pekerja ada kalanya berkongsi sebuah bilik dengan hanya sebuah tandas yang kecil,” katanya.
Satu-satunya penyelesaian, katanya, adalah bagi Jabatan Tenaga Kerja untuk mening-katkan unit penguatkuasaannya dan memperhebatkan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan majikan mematuhi undang-undang serta memperbaiki keadaan di tempat kerja.
Mengenai pembekuan pengambilan pekerja asing, beliau berkata MTUC men-yokong langkah itu asalkan ia dikuatkuasakan dengan sebaik-baiknya dan kerajaan harus memastikan supaya tiada war-ga asing memasuki negara ini tanpa izin.

Kemiskinan di bandar perlu ditangani secara bersepadu, kata Edward

KOTA KINABALU: Masalah kemiskinan dalam bandar perlu ditangani secara bersepadu oleh setiap jabatan, agensi kerajaan dan pihak swasta serta pertubuhan sukarela.
Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Edward Yong Oi Fah berkata, semua pihak yang terlibat mempunyai peranan masing-masing dalam usaha membasmi kemiskinan di kalangan penduduk negeri ini termasuklah mereka yang tergolong dalam kelompok miskin di bandar.
“Usaha agensi kerajaan seperti Yayasan Sabah amat besar maknanya kepada usaha pembasmian kemiskinan kerana kelompok miskin di bandar sering tertinggal dalam perancangan pembasmian kemiskinan,” katanya
Beliau berkata demikian selepas menerima taklimat daripada Ketua Pentadbir Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan, Hanafiah Diman dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Sabah yang membuat kunjungan hormat kepada beliau di pejabatnya hari ini.
Katanya, kadar kemiskinan di bandar diburukkan lagi dengan penghijrahan masyarakat dari luar bandar serta para pendatang asing yang tertumpu di kawasan penempatan seperti di Sembulan dan Tanjung Aru.
“Permintaan terhadap rumah kos rendah umpamanya meningkat setiap masa, dan begitu juga keperluan dan akses kepada kemudahan asas yang lain,” katanya.
Yong melahirkan kebimbangannya jika isu kemiskinan di bandar tidak ditangani dengan bijak ianya akan membawa kepada isu-isu sosial yang lain yang boleh mengganggu keamanan dan ketenteraman awam.
“Isu ini perlu kita tangani dengan segera serta penuh berhati-hati kerana ianya melibatkan keselesaan rakyat serta lebih banyak membabitkan generasi muda dari pelbagai latarbelakang,” katanya.
Dalam pada itu, Yong turut mengalu-alukan pelbagai bantuan dan pelaksanaan program oleh Yayasan Sabah yang akan memberi manfaat kepada rakyat negeri ini terutama mereka yang berada di bawah garis kemiskinan.
Dalam kunjungan itu. Beliau diberi taklimat mengenai program-program Yayasan Sabah khususnya di Zon Pantai Barat Selatan dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru.
Pada kunjungan itu, Hanafiah turut menyerahkan borang-borang permohonan Skim Bantuan Khas Yayasan Sabah kepada Yong yang juga Adun Tanjung Aru untuk diedar dan dipenuhi oleh calon-calon penerima yang akan dikenal pasti.
Pembahagian Skim Bantuan Khas bagi DUN Tanjung Aru dijangka akan diadakan pada bulan April tahun ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)