Thursday, January 29, 2009

Lebih RM32 juta diperuntuk biayai keperluan murid sekolah rendah

Lebih RM32 juta diperuntuk biayai keperluan murid sekolah rendah
30th January, 2009
BEAUFORT: Kerajaan ne-geri tahun ini, memperuntukkan lebih RM32 juta untuk membiayai keperluan murid-murid sekolah rendah di seluruh negeri di bawah Program Perkhidmatan So-sial Negeri.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Azizah Mohd Dun berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk membiayai pembekalan bantuan susu sekolah, pakaian seragam dan kasut sekolah serta bantuan alat tulis seperti pen, pensil dan buku tulis di seluruh sekolah rendah di Sabah.
Katanya, daripada anggaran perbelanjaan itu, sebanyak RM627,706.48 diperuntukkan kepada 41 buah sekolah rendah di daerah Beaufort dengan jumlah murid 6,295 orang.
“Daripada jumlah peruntukan itu, dianggarkan RM354, 578 akan digunakan untuk membiayai kos pembekalan pakaian seragam dan kasut sekolah iaitu masing-masing sebanyak 11,438 pasang.
“Ia akan diagih-agihkan kepada murid Tahun 1 hingga Tahun 6, setiap seorang akan menerima dua pasang pakaian seragam dan dua pasang kasut sekolah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Penyerahan Bantu-an Di Bawah Program Perkhid-matan Sosial Negeri, di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Klias Baru Beaufort, dekat sini, kelmarin.
Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Pembang-unan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datin Asnimar Haji Sukardi, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah International Dairies Sdn Bhd Datuk Arol Paragasan, Peng-urus Besar KOSAN Haji Junian Yunus, Pengurus Besar CP Forms Elvin Liew, Pemim-pin Kemajuan Rakyat Klias Haji Razali Mohd Tahir, Pega-wai Pelajaran Kuala Penyu Mastan Haji Ahmad, Wakil Pegawai Pelajaran Beaufort Juhrin Haji Osman dan guru-guru besar.
Azizah berkata, sejumlah 57,647.20 lagi akan digunakan untuk membiayai kos pembekalan 5,719 dozen atau 68,628 buku tulis, 4,280 dozen atau 51,360 batang pensil 2B dan 2,879 dozen atau 34,548 batang pen.
“Selebihnya iaitu RM215, 481.28 pula akan diperuntuk-kan untuk membiayai 283,528 pek susu sekolah untuk murid-murid pra dan sekolah dan murid Tahun 1 hingga Tahun 3 di semua 41 buah sekolah rendah di daerah Beaufort.
“Di bawah program susu sekolah, murid-murid tadika dan tabika seramai lebih 1,000 orang dari 31 buah tadika kerajaan dan tiga buah tadika swasta di daerah ini juga akan menikmati bantuan susu sekolah sama seperti murid-murid di seklah rendah,” katanya.
Beliau berharap dengan adanya bantuan-bantuan yang disediakan kerajaan akan meringankan beban perbelanjaan para ibu bapa untuk membiayai kos persekolahan anak-anak mereka.
“Usaha kerajaan negeri melalui bantuan di bawah Program Perkhidmatan Sosial ini diharap dapat menjadi asas bantuan untuk membantu murid dan ibu bapa merealisasikan hasrat kerajaan membangunkan modal insan yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif seterusnya mencapai wawasan negara,”katanya.
Berkenaan dengan pembekalan bantuan untuk murid-murid sekolah rendah beliau berhara, pihak pembekal sentiasa memastikan kualiti barang-an bantuan dan perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna dapat memenuhi kehendak pengguna dan harapan kerajaan.
“Saya akan memastikan syarikat-syarikat pembekal iaitu Sabah International Dairies, KOSAN, CP Forms Sdn Bhd memberikan perkhidmatan mengikut prosedur dan jadual yang ditetapkan.
“Sungguhpun selama ini pihak pembekal memenuhi keperluan kontrak bekalan, namun mereka juga perlu sentiasa memastikan agar semua barangan bantuan yang dibe-kalkan sampai dan diterima oleh kumpulan sasar mengikut jadual, kuantiti dan kualiti yang ditetapkan.

No comments: