Thursday, August 14, 2008

PM: KERAJAAN HARAP HARGA MINYAK DAPAT DITURUNKAN

PM: KERAJAAN HARAP HARGA MINYAK DAPAT DITURUNKAN
15th August, 2008

KUALA LUMPUR: Kerajaan berharap agar dapat menurunkan harga runcit minyak petrol dan diesel, ekoran penurunan dalam harga minyak mentah di pasaran dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini jatuh, (oleh itu) harapan untuk menurunkan harga petrol cukup cerah. Berapa banyak yang akan dikurangkan bergantung kepada pengurangan dalam harga pasaran, saya tidak dapat kata-kan berapa banyak (akan dikurangkan),” katanya di sini. Jun lepas kerajaan menaikkan harga petrol sebanyak 78 sen kepada RM2.70 seliter manakala harga diesel dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter, ekoran lonjakan dalam harga minyak mentah di pasaran dunia.

Abdullah semasa mengumumkan kenaikan itu berkata kerajaan akan mengkaji semula harga petrol dan diesel secara bulanan, bergantung kepada harga nilai komoditi itu di pasaran dunia.
Kerajaan juga memberikan 30 sen seliter subsidi bagi setiap liter petrol dan diesel yang dijual di stesen-stesen minyak. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Penjaja dan Peniaga Kecil Wila-yah Persekutuan di sini kelmarin, Abdullah ber-kata jumlah penurunan harga bahan api itu belum diputuskan, namun “harganya pasti akan dikurangkan”.

“Kerajaan sedang menimbang semua kemungkinan, seperti mana yang dikatakan sebelum ini harga bahan api itu akan dikaji semula secara bulanan dan pengumuman sewajarnya akan dibuat pada 1 September ini. Ia akan berdasarkan kepada purata harga petrol di pasaran dunia untuk seluruh bulan Ogos. Harapan untuk pengurangan harga tetap ada.

“Lebih banyak harga minyak mentah di pasaran dunia turun, lebih baik. Kerajaan juga akan mengekalkan subsidi yang diumumkan sebelum ini,” tambahnya. Perdana Menteri berkata kerajaan akan berpegang kepada pengumumannya sebelum ini baha-wa harga minyak akan dikaji secara bulanan, dan mengumumkannya pada penghujung setiap bulan dan juga permulaan setiap bulan.-Bernama

kasi turun saja bah....kasi sanang2 rakyat...itulah yang terbaik

Wednesday, August 13, 2008

Kehadiran tentera, polis legakan rakyat Sabah


Kehadiran tentera, polis legakan rakyat Sabah

SIDANG MEDIA ... Najib bersama Musa (dua kanan), Timbalan Ketua Menteri Datuk Joseph Pairin Kitingan (dua kiri), Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman (kanan) pada sidang media Najib. 13th August, 2008
KOTA KINABALU: Penempatan anggota pasukan keselamatan di kawasan pulau-pulau dan pesisir pantai di kawasan sempadan terutamanya di kawasan Pantai Timur negeri ini ianya dapat mengujudkan keselamatan dan keselesaan kepada rakyat negara ini khususnya di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, kerajaan negeri dan rakyat di negeri ini berterima kasih kepada kerajaan pusat yang mempunyai komitmen yang tinggi dan serius dalam menangani masalah isu khususnya Pendatang Tanpa Izin (PATI) dan penculikan yang berlaku di negeri ini, sebelum ini. “Saya percaya dengan adanya keselamatan yang lebih ketat dan ke-hadiran anggota keselamatan khususnya tentera dan polis di kawasan pulau-pulau dan pesisir pantai tentunya rakyat negeri ini dapat hidup dalam keadaan aman dan selesa,” katanya .
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini, selepas mengikuti lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke pangkalan hadapan dan kawasan ope-rasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah.

Musa berkata, dengan adanya keamanan di negeri ini, ianya sudah tentu industri pelancongan akan terus wujud di negeri ini “Selama kehadiran anggota keselamatan di pulau-pulau dan pesisir pantai di negeri ini, keadaan keselamatan wujud dengan tidak ada lagi kes penculikan dan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya
Sehubungan itu, kita di Sabah harus menghargai terhadap apa yang dicurahkan dan berikan oleh kerajaan pusat untuk memastikan negara ini khususnya di Sabah da-lam keadaan aman dan selamat.

11,686 ORANG DIPERIKSA


11,686 ORANG DIPERIKSA

TIBA ... Najib diiringi Musa disambut para
pegawai keselamatn ketika tiba di Kota Kinabalu dari Pulau Layang-Layang dekat Labuan selepas melawat pangkalan itu kelmarin. 13th August, 2008
KOTA KINABALU: Timba-lan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, seramai 11,686 orang telah diperiksa dalam fasa pertama Operasi Berse-padu yang dilancarkan terhadap Pendatang Tanpa Izin (PATI) di negeri ini yang bermula pada 7 Ogos lalu.

Katanya, daripada jumlah yang diperiksa itu, seramai 4,384 orang telah ditangkap dalam operasi itu dan 500 orang telah ditahan dan mereka ditempatkan di dua buah tempat itu, di Pusat Tahanan Se-mentara (PTS) Menggatal dan Kem Pradise, Kota Belud.

Beliau berkata, pecahan daripada 500 orang PATI yang ditahan itu, Filipina (393 o-rang) melibatkan 155 orang lelaki, 147 wanita dan 91 kanak-kanak, manakala Indo-nesia (106 orang) iaitu lelaki (59 orang) wanita (36 orang) dan kanak-kanak (11 orang), seorang wanita warganegara Brunei turut ditahan. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada persidangan media selepas mendengar taklimat mengenai operasi itu oleh Jawatankuasa Penye-larasan Operasi mengenai PATI di Sabah, di bilik VIP, Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kina-balu (KKIA), di sini, kelmarin.
Turut hadir pada sidang media itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman dan Setiausaha Kerajaan Ne-geri, Datuk Sukarti Wakiman selaku Pengerusi Jawatankua-sa Penyelarasan Operasi mengenai PATI di Sabah.

Najib yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet menangani PATI berkata, fasa permulaan operasi itu dilancarkan di tiga daerah iaitu, Bandaraya Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang dan dalam operasi yang sudah dijalankan seban-yak 88 penempatan dan 50 pre-mis perniagaan telah diperiksa. Sebanyak 560 anggota daripada 10 agensi kerajaan negeri dan persekutuan terlibat dalam operasi berkenaan dengan polis merupakan anggota yang paling ramai terlibat dalam operasi tersebut.

Jelasnya, mereka yang ditahan itu akan dihantar balik ke negara asal mereka tidak lama lagi dan operasi yang dilancarkan itu akan diteruskan dan buat masa ini tidak ada had tempoh yang ditetapkan.
“Operasi ini akan diteruskan ke kawasan lain, dan mandat telah di-berikan kepada Jawatankuasa petugas yang dipengerusikan oleh Setia-usaha Kerajaan Negeri (Datuk Su-karti Wakiman),”katanya.

Beliau berkata, agensi kerajaan persekutuan dan negeri bekerjasama secara bersepadu dengan baik dan setakat ini tidak ada apa-apa bantahan dan aduan yang diterima dan mereka yang diperiksa dan ditahan dibuat dengan cara tertib, sopan dengan faktor perikemanusiaan sentiasa diberi pertimbangan. Katanya, dalam taklimat yang diberikan kepada beliau, ramai PATI sudah kembali ke negara asal mereka apabila berita mengenai operasi akan diadakan untuk menangkap mereka dihebahkan. Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata, sistem biomerik akan dilaksanakan bagi memastikan PATI yang ditahan dalam operasi yang dilancarkan ini tidak mengulangi memasuki negara ini.

Katanya, mereka yang ditahan dan dihantar pulang ke negara asal akan direkodkan di bawah sistem biometrik, mereka tidak dibenarkan masuk semula ke negara ini di masa depan.

Ditanya mengenai kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok bahawa usaha untuk menangani PATI itu satu cabaran besar kerana adanya warga asing sebagai PATI mempunyai MyKad dan dokumen lain yang sah, Najib berkata, ianya tidak seharusnya disukarkan lagi, ini kerana operasi yang dilancarkan ditumpukan kepada mereka yang tidak mempunyai dokumen.

Bukan Diriku

Bukan Diriku
Samsons

Setelah kupahami
Ku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu
Tak dapat kusangsikanTernyata dirinyalah
Yang mengerti kamu
Bukanlah dirikuKini maafkanlah aku
Bila ku menjadi bisu
Kepada dirimu
Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas
Tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku
Walau kumasih mencintaimu
Kuharus meninggalkanmu
Kuharus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Kuharus merelakanmu
Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku
Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang lama menyentuhmu
Bukanlah diriku

CLICK HERE TO DOWNLOAD BUKAN DIRIKU NOW
mp3 / 3.9 Mb / 4:19 / 128kbps

Tuesday, August 12, 2008

Penempatan tentera di pulau-pulau Pantai Timur Sabah berkesan

Penempatan tentera di pulau-pulau Pantai Timur Sabah berkesan
12th August, 2008
SEMPORNA: Keputusan kerajaan menempatkan pasukan keselamatan khasnya tentera di pulau-pulau di sekitar perairan Pantai Timur Sabah sejak beberapa tahun lalu, ternyata terbukti berkesan apabila sejak itu tiada lagi sebarang insiden seperti penculikan dilaporkan berlaku.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, situasi itu secara tidak langsung turut mengembalikan keyakinan dan kepercayaan masyarakat mahupun pelancong asing, yang sebelum ini sedikit tergugat ekoran insiden penculikan di Pulau Sipadan dan Pulau Pandanan, Semporna pada 2000. “Kini penduduk mahupun pelancong asing boleh tidur dengan nyenyak dan dalam keadaan selesa memandangkan mereka kini tidak perlu lagi gusar kerana tahap keselamatan mereka sentiasa terjamin,” katanya.
Dalam hal berkaitan, Najib yang juga Menteri Pertahanan Malaysia turut memberitahu yang kawasan perairan negeri ini akan turut diawasi menggunakan sistem radar tidak lama lagi, sebagai pendekatan canggih yang diambil untuk menangani sebarang ancaman atau anasir yang datang dari luar. Kata beliau, sebanyak sembilan radar akan dipasang untuk tujuan itu dan apabila ia mula digunakan kelak, ia bakal memudahkan pihak keselamatan mengawasi perairan serta bertindak dengan lebih cepat dan cekap, jika berlaku sebarang insiden yang memerlukan mereka berbuat demikian. Buat permulaan katanya, empat radar akan dipasang termasuk satu di kawasan Tinagat, Tawau pada Oktober depan, sebelum lima yang lain pada tahun hadapan
Beliau berkata demikian dalam sidang medianya di Pulau Denawan Semporna, bersempena tinjauan beliau dan editor-editor kanan media massa ke Op Pasir Selatan, Program Lawatan Ke Pangkalan Hadapan dan Kawasan Operasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah, di sini kelmarin. Dalam pada itu, Najib kelmarin juga menyatakan bahawa satu sistem perhubungan baru dikenali sebagai Rangkaian Radio Kerajaan Bersepadu (GIRN) bakal diperkenalkan dan dijangka beroperasi sepenuhnya untuk Fasa Pertama, menjelang Disember 2008.
Dengan adanya sistem terbabit ujarnya, ia akan memudahkan perhubungan serta perkongsian maklumat suara dan data, di antara tujuh agensi keselamatan dan penguatkuasaan yang telah dikenal pasti. Bagaimanapun katanya, keupayaan rangkaian radio terbabit tidak terhenti setakat itu sahaja tetapi akan terus dipertingkatkan sehingga lebih banyak agensi berkaitan dapat menggunakan rangkaian terbabit.
Sebelum menghadiri Program Jiwa Murni ATM di pulau tersebut kelmarin, Najib terlebih dahulu mengunjungi Pulau Siamil bagi menyaksikan demonstrasi Angkatan Bersama Dua (ATB2) menyelamat tiga pelancong asing yang diculik pengganas.
Turut terlibat menjayakan demonstrasi itu ialah Polis DRaja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM). Hadir mengiringi Najib kelmarin ialah Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Panglima Angkatan Tentera Jen. Tan Sri Abdul Aziz Haji Zainal, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin, Panglima Tentera Laut Laksamana Dato’ Abd. Aziz Jaafar, Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Angkatan Bersama Lt. Jen Dato Allatif Mohamed Noor.
Turut sama ialah Ketua Pengarah APMM Laksamana Datuk Amdan Kurish, Pengarah Kementerian Dalam Negeri Dato’ Hussein Ismail, Panglima 1 Divisyen Mej Jen. Dato’ Mazelan Kasap, Panglima 5 Briged Brig Jen Masrani Paiman, Panglima ATB2 Brig Jen. Sheikh Mohsen Sheikh Hassan, Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Syed Zahiruddin Putra Syed Osman, Panglima 2 Div Udara Brig Jen Datuk Khairul Bakri Mustafa dan Ketua Briged Sabah SAC II Paramasival a/l Arunaselam dan wakil-wakil rakyat.

BPR SIASAT SALAH LAKU AHLI POLITIK SABAH

BPR SIASAT SALAH LAKU AHLI POLITIK SABAH
12th August, 2008
KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang menyiasat seorang ahli politik dari Sabah dipercayai terbabit dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa, pemalsuan dan amalan rasuah yang membolehkannya mendapat tiga kontrak bernilai RM40 juta di Labuan.
Bernama difahamkan bahawa ahli politik itu telah memberi suapan kepada beberapa pegawai Kementerian Wilayah Persekutuan —yang menawarkan tender kontrak—bagi membantu firma kejuruteraannya mendapat kontrak yang menguntungkan itu. Di samping itu, ahli politik berusia 51 tahun itu disyaki memalsukan beberapa dokumen berkaitan dengan kontrak itu bagi mendapatkan pinjaman RM8 juta dari sebuah bank di Kota Kinabalu.
Pinjaman itu digunakan untuk melunaskan hutang peribadinya dan melakukan bayaran susulan kepada kontraktor kecil yang dilantiknya untuk ketiga-tiga kontrak berkenaan.
Bernama juga difahamkan bahawa Bank Negara Malaysia dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah telah mengarahkan pegawai mereka untuk menyiasat bagaimana bank di Kota Kinabalu itu memberi pinjaman RM8 juta kepada ahli politik itu tanpa dokumen lengkap.
Pengarah BPR Sabah Latifah Mohd Yatim, ketika dihubungi Bernama kelmarin, enggan mengulas berkaitan siasatan kes itu. “Saya tidak mahu menyatakan apa-apa buat masa ini. Biarkan kami menjalankan tugas,” katannya ketika diminta mengulas kes itu. Adalah difahamkan bahawa pegawai BPR telah mengambil beberapa fail milik ahli politik tersebut, yang memegang jawatan penting di sebuah agensi kerajaan di Labuan, baru-baru ini.
Bernama juga difahamkan bahawa BPR Sabah akan mengambil keterangan dari ahli politik itu dalam masa terdekat ini bagi melengkapkan siasatan untuk tindakan susulan.
Sementara itu, seorang pegawai tinggi di agensi persekutuan berkenaan di Labuan memberitahu Bernama bahawa BPR Sabah telah pun memaklumkan beliau mengenai siasatan tersebut dan agensi itu menganggap kes itu sebagai serius.
“BPR juga mengambil keterangan dari saya Sabtu lepas dan kami bersedia membantu dalam siasatan. Menurutnya, pihaknya akan membawa perkara itu kepada lembaga pengarah agensi itu dalam masa dekat ini dan tidak akan bertolak ansur dengan salah laku ahli politik berkenaan.
Bernama juga difahamkan baha-wa ahli politik berkenaan itu telah menipu seorang kontraktor kecil yang berpusat di Kuala Lumpur un-tuk membina sebuah pasar berharga RM20.5 juta di Labuan. Akhirnya, kontraktor tersebut mengalami kerugian berjumlah RM500,000.
Kontraktor berusia 28 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Eric memberitahu Bernama bahawa beliau telah membuat aduan di Ibu Pejabat BPR Sabah pada 29 Julai lalu dan kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Karamun-sing, Kota Kinabalu, pada hari berikutnya. Katanya beliau diberi kontrak untuk mendirikan sebuah pasar di Ujong Pasir, Labuan dan telah mendapat Surat Penerimaan (LA) dari firma kejuruteraan ahli politik itu awal tahun ini.
“Bagaimanapun, LA itu tidak lengkap dan saya memintanya do-kumen betul. Dia keberatan untuk berbuat demikian, dengan menyatakan bahawa saya harus mempercayainya kerana dia adalah ahli politik terkenal. Saya mempunyai keterangan bagi membuktikan bahawa ahli politik itu telah menyalahgunakan kuasa. “Dia meminta saya memulakan pembinaan tanpa menandatangani beberapa dokumen penting tetapi hanya membuat bayaran awal sebanyak RM200,000. “Saya percayakan dia dan dia berjanji membayar bakinya. Bagai-manapun, pada 14 Julai lalu, dia menghantar surat membatalkan kontrak bernilai RM20.5 juta (pasar di Labuan) tanpa sebarang notis,” kata Eric.
Katanya ahli politik itu kemudian membuat perjanjian baru dengan pihak lain untuk meneruskan pembinaan pasar berkenaan. Eric memanggarkan jumlah kerugian mencecah lebih RM1 juta dan kini bercadang mahu menyaman ahli politik itu.-Bernama