Tiada pengalaman, bagaimana hendak berjaya?
Posted by Irfan Khairi under Tip Motivasi
Adakah anda sering dikritik tentang “tiada pengalaman” atau “tidak cukup pengalaman” dalam memulakan perniagaan?
Ada masanya, tiada pengalaman adalah baik untuk anda.
Untuk berjaya pada usia muda, sudah tentu pengalaman menjadi isu utama untuk meneruskan usaha.
Sebenarnya, anda boleh ambil kekurangan ini sebagai kekuatan anda oleh kerana apabila tidak berpengalaman, seseorang itu akan lebih cenderung mencuba benda benda baru.
Kurang pengalaman akan membuatkan anda tidak bersandarkan pada sejarah, tetapi memaksa anda untuk fikir di luar kotak.
Lain kali sekiranya orang mengkritik anda tentang “kurangnya pengalaman dalam memulakan perniagaan”, ingat bahawa Bill Gates, Michael Dell dan saya sendiri juga memulakan perniagaan tanpa pengalaman! Pendapat Anda?
Thursday, August 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment