PTI SABAH... Benarkah apa yang dilaporkan di TV?
Kalau di Sabah, PTI bukanlah sesuatu yang pelik dan bukanlah sesuatu yang asing bagi kami. Kalau dilihat di media massa mereka dilihat seperti sekelompok manusia yang mengganggu kehidupan dan menyusahkan. Sebenarnya, ada beberapa kebaikan dan ada beberapa keburukan tentang PTI.
Perkara yang menjadi kebaikan (dari kacamata anggota polis yang tidak bertanggungjawab, bukan semua ya!) PTI merupakan sesuatu yang baik pada mereka kerana, mereka ini adalah kelompok yang tidak akan berselindung dalam pemberian wang kopi apabila kantoi checking. Mereka akan menyogok anggota polis yang berpendapatan rendah dan secara tidak langsung ia menjadi satu kebiasaan kepada anggota anggota polis ini untuk menerima wang saku ini. Biasanya keadaan ini berlaku di checkpoint. Salah satu contoh, checkpoint Sandakan bt 32. Di sini satu masa dahulu terdapat checkpoint yang akan memeriksa kenderaan awam seperti Bas Ekspress. Semua penumpang akan diperiksa, bagi mereka yang memegang Pasport hijau... akan diminta turun dan rundingan akan berlaku. Entah la.. apa yang dirundingkan..
Kedua, kebaikan mereka ini adalah mereka akan bekerja dengan nilai upah yang rendah. Maka, pemilik ladang yang inginkan harga buruh yang murah akan mengambil mereka bekerja. Dan keadaan ini adalah gambaran, betapa masyarakat kita bukan lah masyarakat yang rajin.
Terdapat 2 kebaikan yang saya lahirkan dari kacamata mereka yang tidak bertanggungjawab.
Apabila isu PATI atau lebih dikenali PTI ini berada di kaca televisyen, saya merasa ia hanya WAYANG yang sebenarnya tiada apa yang berlaku disini. Penambahan checkpoint? Itu adalah sesuatu yang lucu dan untuk apakah checkpoint diwujudkan di saat TV telah menyatakan usaha penghantaran PATI ke tanah air sedang rancak dijalankan? Secara automatik... tiada PATI akan keluar. AYOYOYO... Main wayang lagi..
Selain itu, Sudah pun wujud perkampungan yang dikenali ramai. Ia berada di antara Daerah Kinabatangan dan Lahad Datu yang merupakan daerah Bung Mohktar dan juga P188 YB Salleh Kalbi. Kampung ini dinamakan sebagai kampung PARIS atau bermaksud Persatuan Anak Republikan Indonesia Sabah jadiah PARIS. Kewujudan mereka di kampung ini, sebahagian besar memiliki MyKad... namun MyKad mereka ini diragui kesahihannya..
Kenapa perlu wujudkan checkpoint dalam masa yang sama terdapat sudah perkampungan pendatang tanpa izin? Perkampungan ini sudah wujud berpuluh tahun. Entah berapa generasi sudah lahir dari masyarakat ini. Dan... sebahagian besar dari 750,000 pemilik MyKad palsu kemungkinan besar berada disini.
atau... mereka ini lah yang dipelihara oleh mereka yang tidak bertanggungjawab demi menyelamatkan kuasa politik mereka di Sabah.
IRWAN IDRIS
saya copy dari blog org ni...
Monday, August 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment