Thursday, August 21, 2008

Bagaimana untuk fikir di luar kotak?

Bagaimana untuk fikir di luar kotak?
Posted by Irfan Khairi under Tip Motivasi

Saya suka topik fikir diluar kotak ini. Semalam kita katakan ianya penting, tetapi, persoalannya, bagai mana hendak kita mencapainya?
Berfikir diluar kotak perlu menggunakan kreativiti dalam pemikiran, melihat cara penyelesaian pada sudut yang berbeza, serta berbeza dari status quo.
Berita baiknya adalah ianya boleh dilatih. Caranya adalah dengan banyak bertanyakan soalan;

BAGAIMANA / HOW?
Bagaimana hendak memudahkan kerja ini?
Bagaimana hendak mempercepatkan kerja ini?
Bagaimana hendak megurangkan kos?
Bagaimana hendak menambahkan kualiti, di samping mengurangkan kos?
Bagaimana hendak melakukan dengan lebih efisyen?
… dan sebagainya! Menurut pakar motivasi Anthony Robbins, hidup anda akan bertambah baik selaras dengan soalan-soalan yang anda tanya pada diri anda. Dengan bertanyakan soalan, ia melatih anda untuk berfikir. Penuhi hari anda dengan bertanyakan soalan dan memberi jawapan yang bernas.

Seperti perkara-perkara lain, practice makes perfect. Dan berfikir di luar kotak adalah sesuatu yang anda boleh anda practice, to make it perfect!
Kalau ada cerita mengenai “Thinking outside the box” , boleh kongsikan lagi supaya sama sama dapat lebih memahami maksud dan konsepnya! Klik pada comments! Pendapat Anda?

No comments: