Sunday, August 3, 2008

Kesediaan kerajaan kurang harga minyak langkah bijak disokong semua pihak

Kesediaan kerajaan kurang harga minyak langkah bijak disokong semua pihak
4th August, 2008
KOTA KINABALU: Kesediaan kerajaan untuk mengurangkan harga minyak mulai 1 September ini merupakan satu langkah bijak yang patut disokong oleh semua pihak, kata penasihat Badan Kebajikan Islam Sabah (Nebisa) D. Zulkiflie Mohd Nasir.
“Sekurang-kurangnya penurunan ini (harga minyak) dapat mengurangkan bebanan rakyat berikutan kenaikan harga minyak di seluruh negara baru-baru ini.
“Semua rakyat jelata Nebisa mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan kerajaan. Sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak, Nebisa tidak pernah membuat bising atau membantah kerana Nebisa faham apa yang dialami oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Jumaat lepas bahawa harga runcit petrol akan diselaraskan berdasarkan harga pasaran purata bulanan minyak mentah dunia dan subsidi akan dikekalkan pada 30 sen seliter berkuatkuasa 1 Sept depan.
Menurut Abdullah harga runcit petrol akan ditetapkan pada 1 haribulan setiap bulan dan kerajaan menjamin harga runcit bahan api itu tidak akan melebehi RM2.70 seliter pada tahun ini.
Pada Sabtu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, pula berkata langkah kerajaan menyelaraskan harga runcit petrol itu tidak memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat kerana pendapatan bulanan mereka masih sama berbanding kenaikan harga barang ketika ini.
Zulkiflie juga berharap harga barangan dapat diturunkan mengikut penurunan peratus harga minyak.
“Adalah mustahil harga barangan akan diturunkan kecuali ada campurtangan kerajaan…itupun sebelum mereka akur pada arahan kerajaan bermacam alasan akan dikeluarkan.
Nebisa berpendapat sudah tiba masanya kerajaan bertindak tegas dan kalau boleh menambahkan lagi senarai barangan kawalan.



bah ...tompinai2 ..osonong daa ti ajadi no kopio...kada po "gimik politik no kasari"....
aharap dot koturun kopio harga minyak tu iri no sebab dot numaik harga barangan do wokon...maha daa milo popoinsonongkarajaan dot koposion koinsanai tulun/ momogun hiti pogun dati..terutama tulun toko tu' ogumu po it pointohuri...tompinai2, mantad doho... nunu nopo it momorintah nga sokodungon eh dati..kada po amu koilo mengurus dot pogun tokou, kada po mongulok2 tulun tokou...kada po manganu dit hak2 tulun tokou...opot eh nangku????

No comments: