Jangan takut dengan WANG!Posted by Irfan Khairi under Tip Motivasi
Masyarakat kita sering mempunyai tanggapan negatif terhadap wang. Semasa kecil, kita sering dengar “Duit banyak pun, bukannya boleh bawa ke kubur”. Atau peribahasa mat salleh “Money is the root of all evil” & “Money cannot buy everything”.
Cerita-cerita di TV juga sering menonjolkan mereka yang kaya adalah orang jahat, mungkin menjalankan aktiviti jenayah (seperti Lex Luther, musuh Superman!). Mereka yang kaya juga sering di labelkan sombong dan bongkak.
Langkah pertama untuk anda mencapai kekayaan adalah untuk membuang segala tanggapan negatif terhadap wang. Kini masyarakat kita ramai seakan takut dengan wang oleh kerana takut kita di anggap seperti perkara-perkara di atas.
Sekiranya anda mempunyai tanggapan negatif terhadap wang, secara psikologi, ianya akan menghindarkan anda dari berusaha untuk mendapat pendapatan yang maksimum.
Pelajari dari masyarakat Cina- menganggap kekayaan dan kemewahan sebagai budaya mereka.
Ps: Tidak dinafikan wang memang boleh mengubahkan seseorang itu. Tetapi, ini bergantung kepada keimanan dan ketaqwaan individu tersebut ke arah mana perubahan itu- semoga ianya kearah kebaikan.
tips ini saya dapat dari blog irfan khairi seorang jutawan dalam usia 25 tahunn...
bolehka saya jadi jutawan????
Tuesday, August 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment