Tuesday, August 5, 2008

9 Perkara Seorang JUTAWAN Tidak Akan Lakukan

9 Perkara Seorang JUTAWAN Tidak Akan Lakukan

Perkataan JUTAWAN dalam warna hijau begitu memang sangat molek untuk pandangan aku. Seperti sinonimnya jutawan & wang. Selepas menulis entri semalam, aku berkira-kira untuk menulis tips bagaimana untuk menjimatkan wang .Jika kau mahukan satu keadaan kewangan yang baik dengan hidup yang selesa, aku recommend untuk kau supaya;

1. Jangan Langgan Astro. Siaran televisyen percuma yang sedia ada aku rasa sudah cukup menghiburkan walaupun ada antara drama yang crap. Tetapi, Astro juga crap kerana asyik menggunakan taktik ulang siar, jangan bayar untuk sesuatu yang akan kau tonton berulang kali dalam sebulan.

2. Jangan Beli Kereta Mewah. Semua orang ada impian untuk memiliki kereta mewah sebagai status sosial yang tinggi. Minda kita telah di’cuci oleh tuntutan masyarakat. Lagipun, kenapa kita mahu membeli satu aset yang mempunyai susut nilai paling cepat di’dunia? Damn!

3. Jangan Guna Kad Kredit. Penggunaan kad kredit sangat berisiko, jika kau buat pembayaran lewat sehari (1 hari), bank akan gunakan apa saja alasan untuk menaikkan kadar bayaran. Lagi, semua privileges yang kau terima bukan’nya PERCUMA walaupun banyak bank mengatakan begitu, percaya’lah. Jauhi kad kredit.

4. Jangan Makan Luar. .. dengan kerap. Bukan tidak boleh langsung, apa salahnya makan luar yang sedap sekali sekala ‘kan? Tetapi, melakukan’nya dengan kerap hanya akan membuatkan poket rabak & jika kau mahu tahu, kebanyakan makanan di’luar sana bukan’nya berkhasiat — lebih-lebih lagi fast food. Eh jap, semalam aku beli Nescafe Ais - RM1.80, apa gila?

5. Jangan Bergaul dengan Mereka Yang Suka Berbelanja Besar. Kita manusia beb, sudah lumrah jika kawan-kawan ada membeli sesuatu, tidak banyak mesti sedikit terdorong untuk membeli. Walhal, barang tersebut adalah tidak perlu untuk kita. Fikir dahulu sebelum buang duit.

6. Jangan Beli Pakaian Berjenama. Atau tunggu bila tibanya jualan murah dengan tanda 50% ke’atas. Beli pakaian kerana keselesaan, bukan’nya jenama. Ada orang, lagi besar jenama terpampang di’pakaian, lagi mereka megah. Mereka tidak sedar yang mereka telah menjadi papan iklan bergerak. Kasihan.

7. Jangan Beli Baru, Baiki. Jika ada kerosakan kecil pada barang milik kita, ada molek’nya kita cuba untuk baiki terlebih dahulu sebelum buang & membeli yang baru. Ini yang sebenarnya di’maksudkan dengan fikir dulu sebelum buang (barang & duit).

8. Buat penjagaan diri di’rumah. Jaga kuku tangan & kaki di’rumah, sejak bila mak ayah kita latih kita yang penjagaan kuku sendiri adalah tanggungjawab orang lain? Dan, lebih sedih, kita perlu bayar untuk itu. Banyak produk penjagaan diri DIY banyak di’jual dengan harga yang jauh lebih murah jika di’bandingkan dengan membuat di pusat kecantikan. Try usya Guardian, The Body Shop atau Watson.

9. Sentiasa Ingat Tentang Matlamat Kewangan. Jika kau mahu jadi jutawan (atau sekurang-kurangnya hidup dalam keadaan kewangan yang selesa), sentiasa perhatikan aliran wang keluar masuk & ingatkan diri tentang perancangan dan matlamat yang di’buat. InsyaAllah, tidak akan ada duit yang keluar dengan sia-sia.

pandangan ini saya terambil dari satu forum...sepatutnya beliau cakap 9 Perkara Seorang BAKAL JUTAWAN Tidak Akan Lakukan sebab k..alau dah jadi jutawan semua pun boleh dibuat

saya cuba kait2 kan dngan kehidupan saya...
point''
1. saya dah langgar
2. juga sama
3. pun sama juga...
4. kadang2 ikut..
5. ini ok
6. ini pun ok...sebab sa tak suka barangan yang berjenama..
7.ini kadang2
8.ini oklah..
9.tak taulah...

jadi kesimpulannya bolehkah sa jadi jutawan??????hua...hua...hahaha

No comments: