Jangan jual tanah untuk dapat wang segera, kata John
20th March, 2009
KENINGAU: Penduduk tempatan di daerah ini dinasihatkan supaya tidak menjual tanah mereka dengan sewenang-wenangnya, bagi tujuan untuk mendapatkan wang segera.
Nasihat itu dibuat oleh mantan Timbalan Speakar Dewan Undang Negeri Sabah, Datuk John Angian dalam satu wawancara eksklusif di sini pada Rabu.
John berkata, mendapatkan sebidang tanah melalui satu perjuangan yang amat sukar, dan ia tidak sewajarnnya dijual hanya kerana untuk mendapatkan wang segera.
“Pemilikan tanah tersebut merupakan satu amanah besar yang kerajaan berikan kepada rakyat, dan ia perlu dijaga sebagai warisan untuk mencari rezeki,” katannya.
Beliau memberitahu, penduduk perlu kreatif untuk memperkasakan sumber ekonomi mereka tanpa mengorbankan tanah untuk mendapatkan wang.
Katanya, mereka perlu melipat gandakan usaha untuk mengusahakan tanah-tanah kosong mereka, atau mengadakan ‘usaha sama’ dengan pihak lain yang lebih berkemampuan.
John juga menasihatkan penduduk supaya tidak terlalu murah hati untuk menyewakan tanah-tanah mereka, kepada pendatang tanpa izin (PTI) untuk tujuan yang sama.
Katanya, PTI adalah pemusnah sebaliknnya kepada penduduk tempatan, di samping perbuatan menyewakan tanah bererti memberi perlindungan kepada mereka untuk tinggal secara haram di negeri ini.
“Penduduk perlu menyayangi tanah mereka kerana ia adalah amanah dan pemberian kerajaan untuk mereka bercucuk tanam,” katanya, dan menekankan terlalu sukar untuk mendapatkan tanah, walaupun sekengkang kera pada masa hadapan
Saturday, March 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment