Saturday, March 21, 2009

10,000 penganggur warga asing boleh ancam keselamatan negara

10,000 penganggur warga asing boleh ancam keselamatan negara
20th March, 2009
PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menganggarkan kini terdapat kira-kira 10,000 pekerja asing yang sah di ne-gara ini yang tidak mempunyai pekerjaan dan kesatuan itu bimbang mereka mungkin membawa ancaman kepada keselamatan negara.
Setiausaha agungnya, G. Rajasekaran kelmarin berkata kajian yang dijalankan oleh MTUC menunjukkan kebanya-kan pekerja ini sama ada tidak berbuat apa-apa atau mencari kerja rencam dan dalam keada-an terdesak, ada di antaranya mungkin melakukan jenayah kecil.
Bercakap pada sidang akh-bar di sini, beliau berkata pekerja terbabit terdiri daripada warga beberapa negara seperti Bangla-desh, Indonesia, Myanmar, India dan Pakistan, yang sama ada diberhentikan kerja oleh majikan mereka tanpa pampasan yang sewajarnya atau dibiarkan begitu sahaja.
Bagi mengatasi masalah itu, beliau mencadangkan supaya kerajaan sama ada menghantar pulang pekerja terbabit yang mempunyai dokumen sah atau membenarkan mereka diambil semula bekerja dalam industri lain yang boleh memanfaatkan khidmat mereka.
Rajasekaran berkata keban-yakan pekerja berkenaan kebe-ratan untuk pulang ke tanah air mereka memandangkan ada di antara mereka yang berada di sini hanya kira-kira enam bu-lan dan masih berhutang jumlah wang yang banyak dengan penaja mereka di negara asal.
Setiap pekerja terbabit terpaksa membayar lebih RM10, 000 kepada ejen mereka di sini dan di kampung halaman untuk mendapatkan permit kerja serta visa.
Rajasekaran turut menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat punca peraturan yang tidak dipatuhi ketika visa dikeluarkan kepada pekerja asing.
Beliau berkata siasatan yang dijalankan sendiri oleh MTUC mendedahkan bahawa kebanyakan firma yang diberi-kan permit adalah syarikat “dua dolar” yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman atau kemahiran dalam mengendalikan pengambilan pekerja asing.
“Kami mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dan perlu disiasat dengan rapi demi kepentingan pekerja selain integriti serta nama baik negara,” katanya.
Mengenai kenaikan levi pekerja dalam industri perkhidmatan untuk tidak menggalakkan majikan mengambil pekerja asing, beliau berkata langkah itu tidak akan menyelesaikan masalah memandangkan keadaan di tempat kerja yang sangat buruk yang tidak akan menarik minat penduduk tempatan.
Rajasegaran berkata pekerja di restoran tidak mempunyai gaji minimum dan bekerja lebih daripada tempoh yang ditetapkan iaitu 12 jam sehari manakala kemudahan asas pula kurang baik.
“Lebih 20 pekerja ada kalanya berkongsi sebuah bilik dengan hanya sebuah tandas yang kecil,” katanya.
Satu-satunya penyelesaian, katanya, adalah bagi Jabatan Tenaga Kerja untuk mening-katkan unit penguatkuasaannya dan memperhebatkan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan majikan mematuhi undang-undang serta memperbaiki keadaan di tempat kerja.
Mengenai pembekuan pengambilan pekerja asing, beliau berkata MTUC men-yokong langkah itu asalkan ia dikuatkuasakan dengan sebaik-baiknya dan kerajaan harus memastikan supaya tiada war-ga asing memasuki negara ini tanpa izin.

No comments: