Thursday, August 14, 2008

PM: KERAJAAN HARAP HARGA MINYAK DAPAT DITURUNKAN

PM: KERAJAAN HARAP HARGA MINYAK DAPAT DITURUNKAN
15th August, 2008

KUALA LUMPUR: Kerajaan berharap agar dapat menurunkan harga runcit minyak petrol dan diesel, ekoran penurunan dalam harga minyak mentah di pasaran dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini jatuh, (oleh itu) harapan untuk menurunkan harga petrol cukup cerah. Berapa banyak yang akan dikurangkan bergantung kepada pengurangan dalam harga pasaran, saya tidak dapat kata-kan berapa banyak (akan dikurangkan),” katanya di sini. Jun lepas kerajaan menaikkan harga petrol sebanyak 78 sen kepada RM2.70 seliter manakala harga diesel dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter, ekoran lonjakan dalam harga minyak mentah di pasaran dunia.

Abdullah semasa mengumumkan kenaikan itu berkata kerajaan akan mengkaji semula harga petrol dan diesel secara bulanan, bergantung kepada harga nilai komoditi itu di pasaran dunia.
Kerajaan juga memberikan 30 sen seliter subsidi bagi setiap liter petrol dan diesel yang dijual di stesen-stesen minyak. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Penjaja dan Peniaga Kecil Wila-yah Persekutuan di sini kelmarin, Abdullah ber-kata jumlah penurunan harga bahan api itu belum diputuskan, namun “harganya pasti akan dikurangkan”.

“Kerajaan sedang menimbang semua kemungkinan, seperti mana yang dikatakan sebelum ini harga bahan api itu akan dikaji semula secara bulanan dan pengumuman sewajarnya akan dibuat pada 1 September ini. Ia akan berdasarkan kepada purata harga petrol di pasaran dunia untuk seluruh bulan Ogos. Harapan untuk pengurangan harga tetap ada.

“Lebih banyak harga minyak mentah di pasaran dunia turun, lebih baik. Kerajaan juga akan mengekalkan subsidi yang diumumkan sebelum ini,” tambahnya. Perdana Menteri berkata kerajaan akan berpegang kepada pengumumannya sebelum ini baha-wa harga minyak akan dikaji secara bulanan, dan mengumumkannya pada penghujung setiap bulan dan juga permulaan setiap bulan.-Bernama

kasi turun saja bah....kasi sanang2 rakyat...itulah yang terbaik

No comments: