Thursday, April 9, 2009



Bagi mereka yang tidak memahami penulisan dalam bentuk ejaan lama:




Batu Sumpah Peringatan Mengikut Perlambagaan (Perlembagaan)Kerajaan Malaysia Jamin




1. Ugama (Agama) Bebas Dalam Sabah




2. Tanah2 Dalam Sabah Di-Kuasa Oleh Kerajaan Sabah




3. Adat Istiadat Anak Rayat (Rakyat) Sabah Di-Hormatkan Dan Di-Pelihara Oleh KerajaanSabalek (Sebaliknya) Pula Rayat2 (Rakyat-Rakyat) Sabah Di-Dalam Interior (Daerah Pedalaman) Bersumpah Taat Setia Kapada (Kepada) Kerajaan MalaysiaBatu sumpah ini terletak di Keningau, didirikan sempena penubuhan Malaysia sebagai satu perjanjian antara negeri Sabah khususnya penduduk daerah Pedalaman dan kerajaan Persekutuan Malaysia.




Batu sumpah peringatan ini adalah salah sebahagian syarat dalam perjanjian 20 perkara.Apakah kerajaan Malaysia telah memegang dan mematuhi janji pada British Colony dan kerajaan Sabah sehingga hari ini??????Orang2 Semenanjung selalu menyebut "SABAH MASUK MALAYSIA"..hakikatnya Sabah tidak masuk Malaysia kerana yang ada hanya Malaya jadi sila ambil perhatian maksud kata kunci "BERGABUNG"Mungkin ramai sahabat2 kita di Semenanjung yang masih bising,kenapa apabila orang Semenanjung kalau datang ke Sabah perlu tunjukan Mykad dan kalau mahu tinggal dan kerja di Sabah mesti pakai paspot dan permit kerja.Mungkin ada yang mempertikaikan kenapa Sabah mempunyai hak tertentu dan peraturan sendiri?Jawapannya adalah ringkas dan mudah..ia adalah sebahagian daripada 20 syarat untuk Sabah bergabung dengan Malaya,Singapura dan Sarawak untuk membentuk persekutuan MalaysiaSebenarnya Batu Sumpah dan Perjanjian 20 perkara ini telah dinodai dan disampahkan hari ke hari oleh Kuala Lumpur....kenapa berlakunya senario sebegini ialah Sabah telah dijangkiti penyakit dari Semenanjung.... dan yang membawa virus penyakit ini ialah UMNO yang memerintah Sabah pada tahun 1994.Sabah perlahan-lahan kehilangan kuasa autonomi.




Perjanjian 20 Perkara yang memberikan autonomi dan keistimewaan buat Sabah pada hari ini sebenarnya lebih berunsur teoritikal. Beberapa perkara dalam perjanjian tersebut diguna pakai sepenuhnya sementara yang lain diabaikan mengikut kehendak kerajaan Persekutuan.Semuanya kerana Sabah dikuasai UMNO, yang merupakan proksi kepada rejim Kuala Lumpur yang menjadi simbol kerajaan Persekutuan Malaysia.




TOMPIPIRIS bilang: MINTA MAAF KEPADA SAHABAT2 PENYOKONG UMNO,SAYA TIDAK BERTUJUAN UNTUK MENYALAHKAN PARTI ANDA TETAPI SEMUA INI ADALAH KERANA ADA KEBENARANNYA.JIKA ANDA MENGATAKAN PENDAPAT SAYA INI SALAH,ITU ADALAH HAK DIRI MASING2.SAYA JUGA BUKAN ANTI UMNO,TETAPI INI ADALAH SUARA HATI SAYA SEBAGAI ANAK NEGERI SABAH.







tulisan ini diambil dari blog tompipiris...maaf andainya copy paste tanpa kebenaran...


No comments: