Berhati-hati dengan iklan kerja kosong, kata Ellron
1st September, 2008
KENINGAU: Pembantu Menteri Pelan-congan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar, Datuk Ellron Angin mengingatkan supaya pemimpin-pemimpin masyarakat khususnya pegawai-pegawai daerah, ketua-ketua kampung, ibu bapa dan para pencari kerja berhati-hati dengan iklan-iklan jawatan kosong yang banyak ditampal di perhentian bas, pondok telefon awam, tepi-tepi kedai mahupun tempat-tempat awam yang lain.
Katanya, iklan-iklan seumpama ini merupakan antara penyumbang kepada peningkatan insiden penipuan ke atas pekerja-pekerja yang terlibat.
“Masalah ini ada hubungkaitnya dengan peranan agen-agen tempatan yang bergerak ke kampung-kampung khususnya di kawasan luar bandar bagi mendapatkan calon pekerja untuk dihantar ke Semenanjung Malaysia atau Singapura,” katanya semasa berucap merasmikan Ekspo Kerja Dan Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Tenaga Kerja Sabah Dan Agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia Peringkat Daerah Keningau yang berlangsung di dewan masyarakat di sini pada Jumaat.
Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Kanan Pengarah Tenaga Kerja, Rokiah Ali Hassan; Penolong Pegawai Daerah Keningau, George Kandavu; Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Bahagian Keningau, Petrus Ga-din dan Ketua-Ketua Jabatan serta pemimpin-pemimpin masyarakat.
Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook berkata, agen-agen ini dikenalpasti sebagai punca permasalahan ini selain kurangnya maklumat berkaitan pekerjaan di negeri ini.
Katanya, pekerja Sabah di luar negara khususnya yang bekerja di Singapura menghadapi masalah penipuan agensi dan penindasan oleh majikan yang menggajikan mereka.
Apa yang berlaku katanya, pekerja-pekerja yang berasal dari Sabah dibayar gaji yang tak sama seperti yang dijanjikan oleh agensi.
“Mereka juga dipaksa bekerja 12 jam sehari, diberi layanan yang kurang baik serta lain-lain lagi permasalahan. Ini yang menyebabkan mereka lari dari majikan yang menggajikan mereka,” jelas Ellron.
Katanya, ramai antara mereka ini melaporkan permasalahan ini kepada Pejabat Pesuruhjaya Malaysia di sana dan berda-sarkan maklumat yang diterima daerah Kota Marudu dan Kudat merupakan daerah tertinggi mencatatkan peratusan pekerja terlibat serta daerah Kneingau juga tidak terkecuali.
Bagi mengatasi masalah ini katanya, Kementerian Sumber Manusia melalui Ja-batan Tenaga Kerja telah menubuhkan Pusat Pengurusan Pekerja Malaysia Luar Negara yang beroperasi dari Jabatan Tenaga Kerja Sabah termasuklah Pejabat Tenaga Kerja Keningau.
Beliau berkata, pusat ini antara lain ber-peranan sebagai pusat maklumat yang tepat berkaitan agensi yang sah.
Tambahnya, para pencari kerja perlu menyemak senarai agen yang mereka ikuti dan dapatkan nasihat dari pegawai-pegawai di Jabatan Tenaga Kerja sebelum bersetuju dengan tawaran dari agensi tersebut.
“Kita bukan menghalang hak pekerja untuk bekerja di luar negara tetapi biarlah mengikut prosedur yang betul,” katanya.
Dalam hal ini katanya, Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Daerah dan Pejabat Daerah perlu mengambil inisiatif pencegahan dengan melarang penampalan iklan-iklan jawatan kosong di tempat-tempat awam.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebu-dayaan Dan Alam Sekitar itu berkata, Jabatan Tenaga Kerja Sabah kini giat menjalankan aktiviti kempen kesedaran dengan meng-edarkan poster-poster berkaitan bahaya ditipu oleh agen-agen terbabit.
Selain itu katanya, promosi melalui radio juga mengikut perancangan dan ceramah-ceramah berkaitan undang-undang akan diberikan dari semasa ke semasa.
Justeru itu katanya, pihak ibubapa juga perlu memainkan peranan dalam memberi nasihat dan penjelasan kepada anak-anak mereka untuk mengelak daripada tertipu dengan iklan-iklan yang mungkin tidak tepat.
Monday, September 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment