Monday, September 1, 2008

Seramai 1.2 juta Kakitangan awam terima bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000

Seramai 1.2 juta Kakitangan awam terima bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000
30th August, 2008

KUALA LUMPUR: Seramai 1.2 juta kakitangan awam di negara ini akan menerima bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar melalui dua kali pembayaran iaitu pada September dan Disember.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata pemberian bonus itu sebagai menghargai peningkatan produktiviti dan sumbangan kakitangan sektor awam kepada pembangunan negara.

“Kerajaan bersetuju memberi bonus bersamaan sebulan gaji dengan minimum RM1,000 bagi tahun 2008. Bonus akan diberi dalam dua bayaran, pada bulan September dan Disember 2008,” kata Abdullah, yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2009 di Parlimen, kelmarin.

Kali terakhir kakitangan awam menerima bonus ialah pada 2007 dengan pemberian sebulan gaji atau minimum RM1,500 melalui dua kali pembayaran. Pada tahun lepas, tiada bonus diberikan selepas kerajaan pada Julai memberikan pelarasan gaji antara 7.5 dan 35 peratus. – Bernama

No comments: