Pihak berkuasa mula banteras PATI hari ini
1st August, 2008
KOTA KINABALU: Ketika rakyat Malaysia di Sabah giat membuat persediaan menyambut Hari Kemerdekaan sepanjang bulan depan, pendatang tanpa izin (PATI) di negeri ini menghitung hari-harinya.
Hari ini (1 Ogos), ‘kemerdekaan’ mereka sudah berlalu. Mereka tidak lagi bermain-main sembunyi dengan pihak berkuasa Malaysia—tinggal tanpa diganggu oleh pihak itu di Sabah.
Pendatang tanpa izin yang sentiasa mengelak daripada pihak berkuasa akan menghadapi operasi untuk menangkap mereka bagi di hantar pulang ke negara asalnya.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Razak Abdul Ghani mengesahkan hari ini bahawa operasi besar-besaran berintegrasi pertama akan dilancarkan pada minggu pertama bulan depan.
“Kita akan bekerja rapat membanteras pendatang tanpa izin Sabah. Buat permulaan, kita akan menumpukan operasi kita di pantai barat Sabah terutamanya di Kota Kinabalu sebelum memperluaskannya ke pantai timur,” kata beliau kepada Bernama di sini.
Abdul Razak berkata sekurang-kurangnya 200 anggota terdiri daripada anggota polis, tentera, imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Rela akan dikerah pada bila-bila masa operasi itu dijalankan.
“Kita sudah bersiap sedia dengan anggota untuk menjalankan tugas ini dan kita telah kenal pasti dan menyenaraikan kawasan operasi tersebut termasuk Penampang. Kali ini kita rancang operasi kita dengan baik supaya setiap pendatang tanpa izin di Sabah akan dihantar pulang ke negara asal mereka,” kata beliau.
Operasi besar-besaran membanteras pendatang tanpa izin dilakukan oleh kerajaan persekutuan yang menyahut dengan positif seruan tidak putus-putus tokoh politik negeri dan mereka yang ingin menyelesaikan masalah ini sama sekali.
Apa yang dilihat sebagai kelegaan bagi lebih tiga juta penduduk di Sabah, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan baru-baru ini bahawa operasi menghantar pulang antara 100,000 dan 150,000 pendatang tanpa izin di Sabah akan bermula bulan depan.
Rancangan besar-besaran untuk membanteras pendatang tanpa izin, dengan peruntukan kira-kira RM50 juta, bertujuan untuk menangkap semua warga asing yang tidak memiliki dokumen pengenalan sah, sama ada dari Filipina atau Indonesia.
Semua kelompok masyarakat, khasnya penduduk tempatan mengalu-alukan tindakan ini, dengan harapan masalah pendatang tanpa izin tidak lama lagi akan ditangani keseluruhannya.
Bekas Ketua Menteri Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak berkata tindakan ini menunjukkan komitmen kerajaan persekutuan untuk membebaskan Sabah daripada pendatang tanpa izin.
“Kita harap tindakan ini akan membawa satu cahaya harapan kepada penduduk di negeri ini. Pada masa ini penduduk Sabah pada hakikatnya mahu masalah ini tamat sama sekali,” kata beliau kepada Bernama, di sini kelmarin.
Salleh, yang juga presiden Pertubuhan Bersatu Bajau Sabah (Usbo) mencadangkan operasi besar-besaran terhadap pendatang tanpa izin dilakukan pada setiap masa untuk mencapai hasrat yang didinginkan bagi kebaikan penduduk dan negeri ini.
Bagaimanapun, kerajaan menghadapi banyak cabaran dalam menangani isu pendatang tanpa izin, dan masalah paling besar yang akan dihadapi negeri ini ialah mereka akan kembali lagi kerana mereka sangat sukar memperoleh pekerjaan di Filipina.
Dilihat sebagai sebuah lombong emas oleh pendatang tanpa izin, Sabah ialah lokasi yang paling strategik dan mudah untuk mereka datang ke sini dengan majoritinya dari Filipina dan Indonesia.
Sungguhpun Sabah dibanjiri dengan pendatang tanpa izin, masih ramai pekerja asing yang memasuki negeri ini secara sah.
“Saya masuk dan keluar dari Sabah sejak 20 tahun lepas dan saya tidak pernah cuba masuk ke negeri ini secara tidak sah. Bila saya datang ke sini, saya gunakan pasport saya dan mohon untuk pas kerja,” kata Mienral Tadlan Bundaon, 38, dari Sanga-Sanga Bongao, Tawi-Tawi, selatan Filipina.
Beliau berkata warga asing tidak ada masalah bekerja di sini jika mereka datang dengan dokumen yang diperlukan.
“Pada hakikatnya, sejak dua dekad lepas, pihak berkuasa Malaysia tidak pernah mengganggu saya, hanya kerana saya ada pas kerja. Saya boleh ke sini dan ke sana dengan bebas tanpa sebarang gangguan. Kita semua perlu menghormati undang-undang negara ini,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebelum menaiki pesawat ke Clark, Manila.
Ditanya apa rasionalenya melancarkan operasi besar-besaran ini untuk membanteras pendatang tanpa izin di Sabah, Mienral berkata undang-undang imigresen ialah satu undang-undang yang diterima di seluruh dunia, sambil menambah “rakyat Malaysia juga perlu memiliki pasport dan mohon pas kerja jika mereka mahu bekerja di Filipina dan sebab itulah selama ini saya tidak pernah melanggari undang-undang imigresen Malaysia”.
--
merujuk kepada coretan akhbar diatas... saat inilah yang dinanti2kan oleh semua penduduk sabah yang telah lama menderita disebabkan oleh kebanjiran PATI ini.... apa yang membimbangkan selama ini dan apa yang telah diusahakan oleh orang2 persendirian..blogger2 sabahan...persatuan2 dan sebagainya bakal menjadi kenyataan....terima kasih juga saya ucapkan kepada beberapa pemimpin sabahan yang mengutarakan kes ini dan membincangkan kes ini di parlimen baru-baru ini meskipun sepatutnya perkara ini harus dilakukan seberapa lama yang dulu..ini kerana kita tidak tahu berapa ramai PATI yang telah mendapat IC projek di Sabah..
namun begitu persoalannya ialah...
1. sekiranya pihak berwajib ingin menghalau para PATI ini..perlukah ada artikel yang disiarkan di media2 massa yang bagi saya boleh menyebabkan para PATI boleh mencari tempat2 perlindungan dan persembunyian yang sukar dijejaki oleh pihak yang berwajib, memandangkan di Sabah ini kawasan hutan, dan ladang2 amat luas dan ini menyukarkan untuk mencari dan mengesan PATI ini.sekiranya pihak berwajip mahu juga letakkan artikel janganlah diletakkan tarikh pula..
2. Benarkah pihak yang berwajip ini menjalankan betul2 dapat menghalau PATI berdasarkan strategi2 yang mereka rangkakan? atau hanya sandiwara untuk menutup mulut rakyat sabah dan menggembirakan hati rakyat sabah ?kerana kita sedar suatu ketika dahulu operasi2 sebegini pernah juga dilaksanakan di negeri kita namun apa yang menjadi kekecewaan adalah PATI2 ini masih ada di sabah dan semakin ramai...
3.siapakah yang mengetuai perlaksanaan penghantaran / pembenterasan PATI ini..adakah beliau penduduk tempatan sabah yang boleh memahami keadaan Negeri sabah terutama masalah PATI ini..adakah beliau telah mendapat segala maklumat yang penting tentang PATI ini?adakah beliau boleh mrangka stategi yang boleh diterima pakai dan benar2 boleh mengahalau PATI..apakah strategi seterusnya untuk menghalang PATI yang telah dihantar untuk masuk semula ke Sabah...
dalam masalah ini..pada pendapat saya sebagai penduduk sabah kita harus memantau segala aktiviti2 dan kerja2 yang dilaksanakan oleh pihak2 berwajib ini...adalah lebih baik kita sebagai rakyat sabah menjadi hakim kepada mereka samaada mereka menjalankan sepenuhnya kerja2 mereka isamping sebagai rakyat sabah kita perlu bersama2 mengembleng tenaga untuk membanters PATI...menjadi mata dan telinga kepada pihak2 kerajaan dan bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam membanteras PATI ini....
Friday, August 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment