Sunday, April 19, 2009

Sejarah perlu diperbetul



Sejarah perlu diperbetul


KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan harus membuat pembetulan terhadap sejarah penubuhan Malaysia untuk mengelak rakyat Malaysia,khususnya generasi muda, daripada terus keliru dam terseleweng dari fakta.Anggota Parlimen Sepangar,Datuk Eric Majimbun berkata,agak menyedihkan apabila melihat remaja lelaki di Sabah keluar televisyem mengucapkan Hari Merdeka yang ke-51 kepada Malaysia sedangkan ia merupakan ulang tahun kemerdekaan ke-51 untuk Malaya.Sabah (Borneo Utara) hanya mencapai kemerdekaannya 45 tahun lalu dan bersama-sama Sarawak, Singapura dan Malaya ( Persekutuan 11 buah negeri di Semenanjung )kemudia membentuk Malaysia.“Satu lagi fakta sejarah yang juga perlu diperbetulkan ialah Sabah,Sarawak dan Singapura bukannya menyertai Malaya untuk membentuk Malaysia tetapi kita bersama -sama membentuk Malaysia..Kita bukannya salah sebuah negeri di bawah Malaysia tetapi kita adalah satu pertiga dari Malaysia”, katanya.Beliau berkata ,Sabah,Sarawak dan Malaya sepatutnya rakan kongsi yang membentuk Malaysia dan “Kita bukannya menyertai Malaya untuk membentuk Malaysia..jadi Sabah tidak sepatutnya negeri dalam Malaya atau salah sebuah daripada 11 negeri dalam Malaya.”Eric, yang juga Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng bahawa cadangan supaya 16 September dijadikan cuti umum dimana turut dicatatkan bahawa 16 September 1963 ialah apabila Borneo Utara (Sekarang ini Sabah) ,Sarawak dan Singapura mencapai kemerdekaan dengan menyertai Malaya membentuk Malaysia.“Sesuatu perlu dilakukan segera untuk memperbetulkan sejarah pembentukan Malaysia..nampaknya negara kita sekarang ini memeberi penekanan kepada hari kemerdekaan Malaya berbanding pembentukan Malaysia,” kata Eric.Katanya, Sabah dan Sarawak merayakan Hari Malaysia setiap 16 september yang telah dijadikan cuti umum di Sabah tetapi ia masih dikatakan sempena hari jadi Yang Dipetua Negeri dan bukan Hari Malaysia.“Bagi generasi tua yang mengetahui akan fakta sebenar,tidak apalah tetapi apa yang saya risaukan ialah generasi muda kita dan generasi akan datang, yang akan terus terkeliru kerana mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku dan hanya bergantung kepada apa yang tertulis pada buku sejarah sekolah mereka,” katanya.Mengenai gesaan Lim kepada Kerajaan Persekutuan supaya mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum,Eric yang menyokongnya berkata, ini harus dilakukan kerana Malaysia tidak akan wujud jika tidak ada 16 September.Lim dilaporkan mengalu-alukan cadangan Penasihat Parti Keadilan Rakya (PKR), Datuk Seri anwar Ibrahim supaya kelima-lima buah negeri yang di kuasai Pakatan Rakyat iaitu Kedah,Pulau Pinang,Perak,Selangor dan Kelantan Mengisytiharkan cuti umum bagi Hari Malaysia pada 16 September.

No comments: